Fresh from the owner...

25 May 2010

Sambungan cerita semalam...


mahu sambung cerita semalam. pasal minggu orientasi masa di PPP. lepas beratur, berkenal-kenalan... kakak-kakak PM (tapi seingat aku lain panggilannya. cuma tak dapat nak recall panggil apa masa tu. PM tu stands for what pun aku dah tak ingat. harharhar...). memang tertekan jiwa ragalah masa tu. kakak-kakak tu dah pesan bawak air. takut nanti dahaga sebab nak kena banyak berjalan. tapi kita ni mula la nak ikut-ikut suka sendiri. beratlah bawak air. tapi masa tu memang tak ada botol air pun dalam bekalan. air kat vendor machine? jangan harap dia orang nak bagi minum. air masak je dia orang bagi bawak.

malam first tidur kat bilik baru, memang tak boleh nak tidur. tempat baru dan aku akan ambik masa sikit nak adapt dengan tempat tu. budak yang tegur aku dalam BI siang hari tu memang aku punya housemate. tak berapa nak reti cakap melayu ye walaupun dia Malaysian. nanti aku cerita kenapa. malam tu kejap ke kiri, kejap ke kanan. minggu orientasi start awal pagi ye. nak solat jemaah lagi. pagi tu, aku dapat mandi kejap je pasal ada housemate aku ni ber'kampung' lama gila dalam bilik air. tu pun aku cerita nanti ye. mandi sekadar perlu atau dalam bahasa yang lebih mudah, mandi kerbau je yang sempat. hehehe...


siap-siap pakai baju terus beratur ikut nombor rumah. kalau nombor rumah 303, make sure semua orang ada dalam barisan. satu isi rumah kena ada. tak boleh missed out seorang pun. kalau tak memang kena denda. pernah satu hari, ada satu rumah tu terlewat bangun. satu rumah ye. bukan seorang. menjerit-jerit akak-akak PM tu pagi-pagi mengejutkan dia orang. macam dalam drama. konpem tak mandilah dia orang pagi tu. bangun basuh muka, pakai baju and terus turun beratur. memang kena denda. masalahnya dia orang buat salah, semua kena sekali.

setiap rumah tu dia bagi ikut courses yang kita ambik. dia tak bagi course yang ni serumah dengan budak yang ambik course yang ni. sekarang ni tak tahulah kalau dah diubah kebiasaan tu. masa tu courses yang ada kat PPP aka INTEC tu kebanyakkan yang nak fly ke oversea (ada AUSMAT, ADP, A-Level program). ada pun TESL je la yang akan fly ke UKM (masa tu TESL ni ada buat twin program dengan UKM. and batch 10 was the last batch yang pergi ke UKM. after that INTEC handle sendiri bebudak yang buat TESL kat situ.) untuk sambung degree dia orang. opss... ada TESL program yang mana students buat persediaan sekejap je kat PPP before dia orang fly ke New Zealand ke Canada. sekarang tak tahulah.

pernah jadi masa minggu orientasi tu... ada seorang budak ni suka sangat melawan. mungkin dia fikir dia ada kat situ sepanjang minggu orientasi je kot. lepas tu pergi tempat lain. kerja dia tak ada lain menyusahkan orang. hahaha... sebab apa aku kata macam tu? tiap kali dia buat salah, kami-kami ni terpaksa berjaga sampai pukul 2-3 pagi. bila dia dah admitted salah dia baru la kita orang boleh masuk tidur sebelum bergegas bangun pagi tu. dah la kena berjaga. kena denda pulak lagi tu. hangin je semua orang dengan budak tu masa tu. nasib baik la kita tak secourse. kalau tak memang aku luku jugak siku dia sekali dua kali. huhuhu...

ada lagi? ada... sambung nanti la... panjang-panjang cerita nanti penat mata nak baca. ngeee...



my foot: walaupun kita tak boleh klik dan segeng... kita datang daripada tempat yang sama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. PM tu pembantu mahasiswa/mahasiswi..sy ada pengalaman jd PM..memang syok gler..memang byk kenangan kan??seminggu tu rasa cam sebulan..haha..pastu kne jerit2 memang tiap2 masa..nk mkn pn jerit2 gak..cam pe ntah..haha..tu la orientation namanya..yang letih gler, jalan kaki ramai2..memang letih sgt..

    ReplyDelete
  2. @Our Love Memories
    ha...betul la tu!tp time sy dia pggl OC kot.course bahasa...jdk dlm bahasa jgk la die gune.msk UKM br gune PM...huhu...

    tapi kenanganlah semua tu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign