Fresh from the owner...

09 May 2010

Pengorbananmu tak terbalas! Jasamu tak ternilai...

ada celebration ke untuk Mother's Day? ada kad? ada wish? apa la... encik suami memang tak tahu bila Hari Ibu. jangankan Hari Ibu... Hari Bapa pun dia tak tahu. Hari Guru lagi la. nasib baik jugak dia ingat bila anniversary dia. kalau tak... tak ada apa-apa jugak. celebration memang tak ada. but he did wished me. itu pun selepas diingatkan ye! tak ada maknanya nak ingat sendiri. anak-anak dah bessar nanti baru dia ingat (yelah... anak-anak mesti ingatkan dia bila mother's day kan? hehe...) agaknya.

ada 1 artikel tentang hari ibu yang menarik perhatian aku. it wrote there that... even ada Sambutan Hari Ibu, itu belum cukup untuk balas jasa ibu selama ni. Imam Bukhari ada meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah berkenaan seorang lelaki Yaman yang tawaf sambil mendukung ibunya dengan cermat. Selepas tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku?

jawab Ibnu Umar: Tidak! Apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu. Hebatnya penangan seorang ibu dalam kehidupan anak-anak. bahkan ulama menyatakan, ada tiga jenis perintah Allah yang berangkai dan tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain.

pertama sekali adalah mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. keduanya adalah taat kepada Allah dan Rasulullah. dan yang ketiga adalah bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada ibu bapa. ketiga-tiga perintah ini mesti serangkai dan Allah tidak akan menerima yang satu tanpa gandingannya.

jadi marilah kita beramal dan kepada yang masih mempunyai ibu tu... hargailah dan sayangilah mereka. sampai satu ketika, jika ada rezeki... kita juga akan menjadi ibu. dan kala itu, apa perasaan kita bila apa yang kita pernah lakukan pada ibu kita... anak-anak kita balas semula pada kita? moga kita dijauhkan daripada sifat-sifat yang tidak baik. renung-renungkan dan selamat beramal! huhu...


my foot: Happy Mother's Day to all mothers around the globe!!!



sumber info daripada Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Yeah... dah wish mothers day smalam kat mak....

    ReplyDelete
  2. Sayangi mak/ibu kita sepanjang masa.....

    ReplyDelete
  3. @kisahremaja
    bgs2!wish pun dh ckp utk buat jiwa tua tu gembira...

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980
    yup...kalau dah tak ada nnt br nk terasa... tak guna jgk kn?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign