Fresh from the owner...

04 May 2010

Ni cerita untuk anak-anak saya saja. Jangan baca! Apa jeling-jeling tu...?

mahu buat entri jiwang sikit. untuk tatapan anak-anak bila dah besar. ibu malas nak cerita jadik korang godek-godek la kat sini ye kalau nak tahu! hehehe...


bila dah besar nanti mesti korang tanya manalah ibu kenal abah ni. macam mana boleh kenal. biasanya budak-budak ni curious je nak tahu hal nak bapak dia orang. masa kecik ke masa besar ke sama je. jadik... bila dah besar nanti ibu akan suruh korang carik je kat blog ibu ni macam manalah boleh jatuh cinta lagi... lagi-lagi ku jatuh cinta... ada lagu pulak ka?!

the truth is... ibu bukan suka sangat pun dengan abah tu (opsss... and abah pun sama la! cuma abah terlebih sikit je. tak suka perempuan yang manja-manja gitu. kesimpulannya tak suka perempuan la...). ibu ni ok lagi. tak ada maknanya nak anti-anti lelaki. tak ada masa. ibu dengan abah bukan 1 daerah, apatah lagi 1 negeri. warna bendera je sama dan merupakan negeri yang berjiran.

masa ibu masuk u abah joint TATI. dah tu masa bila jumpa? hehehe... adalah! rahsia antarabangsa. kalau dah rahsia, buat apalah ibu penat-penat buat entri ni Yang oiii...! ibu ni selalu je lepas tension dengan sent letters to new friends tiap kali menjelang musim exam. zaman tu ada internet cuma yang popularnya mirc. orang tak peduli benda lain dah masa tu. siber penuh dengan students je (dah tu memang area students pun). kadang-kadang kena tunggu turn.

asal nak exam je, ibu akan carik masalah Galaxie (sekarang ni pun ada lagi mag tu). dalam tu kan ada ruangan pen pal ke apa ntah. lupa dah. so, ibu akan browse thru. tengok-tengok nama yang ibu berkenan, ambik kertas... pen... tulis sepatah dua kata and then pos. kalau ada respon ada la. kalau tak ada tu, tak kisah sangat. masa abah tu... ibu tengok ada nickname 'YA 1103' kot. pesal la dia guna nick tu? saja curious nak tahu, ibu sent la surat sekeping. ibu pun guna nickname jugak.

eh..eh... ada balasan la! tu pun checked masa balik daripada kelas. tempat surat letaknya kat opis. daripada situlah i got to know your father. masa tu pun handphone ni benda mewah. bukan keperluan. apa-apa hal nak called rumah ke apa ke... guna public. kalau pagi memang kurang orang guna. tapi kalau malam... jangan cakaplah. kena beratur panjang untuk bolehkan called rumah je. huhuhu... tapi sekarang ni dah tak macam dulu. handphone berlambak. tepi jalan pun boleh jumpa (yang tercicir la... hehehe...).

your dad's first picture yang ibu simpan sampai sekarang. macam poyo je bila tengok mamat ni... tu kata hati masa tu la kan. sekarang ni dah lain la pulak. bila dengar suara sedap jugak tapi skema la sikit. ayat BM penuh. sopan je. hehehe... actually, your dad memang sopan. budak sekolah agama la katakan... masa mula-mula tahu sekolah agama, dalam hati dah dapat agak... mamat ni mesti ala-ala ustaz gitu. the truth is Yang... apa yang ibu rasa tu betul! memang ada tazkirah abah bagi tiap kali called. 'panas' je telinga tapi dengar jugak la. huhuhu...

to be continued la ek... ingatkan untuk taip the 2nd part of it ok!


my foot: memori daun pisang betullah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign