Fresh from the owner...

02 May 2010

Nak ambik ke tak? Tak apalah... Saya letak balik ye...

semalam, aku ada ke pasar minggu. pergi awal. before 8am. kalau pergi lambat-lambat nanti ramai orang and the cuaca would be hotter and hotter. jadik kalau pergi awal boleh balik awal jugak. orang tak ramai tak payah nak berebut-rebut. Anis aku tinggalkan kat rumah. dia ada flu. malas nak bawak. cuma bawak Alya je.

lagipun the father kata tak sedap hati nak bawak Anis ke tempat macam tu. dia kan mudah sangat dapat penyakit berbanding si kakak. biasanya kat tempat-tempat macam ni memang selalu jugaklah orang-orang bawak baby kecik. ada yang baru dalam sebulan lebih. alahai... kesian dia la! lagi pulak, bila panas, kesian kat baby tu. masa Alya dulu aku tak pernah bawak ke tempat-tempat terbuka macam ni sebab dia kecik kalau nak dibandingkan dengan adiknya.

tengah pilih-pilih baju sendiri. hehehe...


kecik tak bermakna dia weak and big doesn't mean strong. tapi alhamdulillah... these two angels are very strong indeed. tu pasal la the father dok pikir-pikir nak pasang streamyx kat rumah yang belum siap renovate tu (kalau ada line la kat situ) sebab kalau dah duduk jauh mesti rindu anak punyalah.

ni pun baru encik suami cakap (eh... kata nak balik semalam?! tak jadi daaa...) macam mana nak tinggalkan anak manja dia tu. time-time macam ni, anak la paling utama. yang lain rasa macam nak tolak tepi je. kalau boleh anak je nak tengok. encik suami pernah sent message bagitahu bosannya duduk sorang-sorang kat Johor. kalau ada anak hilang sikit penat. alalala... siannya dia! tapi nak buat macam mana Yang eh... keadaan belum lagi mengizinkan.

semalam tu jugak tengok-tengok tudung. alahai... menarik la pemandangan tu. tak sempat nak snap pic sebab sibuk dengan Alya. muahaha... pusing-pusing je kat area 'pasar borong' tu. encik suami kata kalau nak apa-apa ambik je lah. ada la dua tiga helai tudung yang aku suka termasuk sehelai baju. memang menarik perhatian mata aku ni lah.

malangnya, tudung-tudung tu tak ada size yang aku nak. yang ada size kecik-kecik je S dengan M. aku nak kalau boleh L. takpun XL. baju tu pulak, tak ada warna lain selain coklat. baju coklat aku saja dah berlambak. so, nak tukar kaler pulak la. malangnya tak ada. huhuhu... tak ada rezekilah. time encik suami kata 'ambiklah'... semua tak ada. geram jugak! tapi nak buat macam mana. in the end... beli benda makan and kami balik terus tanpa beli benda lain lagi dah.



my foot: tapi ada satu tempat tu jual air jambu batu. sedap! biasa RM1 and special RM1.50. tahu tak apa yang specialnya? asam boi... perghhh... asam boi saja harga sampai 50 sen! sedap punya pasal tak kisahlah labu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign