Fresh from the owner...

02 May 2010

Merbahaya tapi kita kenapa kita ambil mudah?!


latest yang kita tahu, Rashid Sidek and anak dia positif H1N1. untuk gelombang ke-2 ni saja dah lebih daripada 70 orang meninggal dunia. tapi kita still ambik mudah pasal ni kan? benda ni selagi tak kena kat kita, memang kita tak akan kisah. betul kan (hakikatnya memang macam tu walaupun kita cuba nafikan! ala, jangan tipulah..!) ? ada aku kesah? kau akan kesah kalau dah kena kat diri sendiri ataupun orang-orang terdekat.

apa langkah pencegahan yang kita ambik? none whatsoever! NONE? memang sajalah kan. at least prevent la. sanagt susah ke nak prevent. just ikut steps. kadang-kadang mungkin kita lupa nak buat. tapi bila dah teringat tu buatlah. kalau kita tak jaga keluarga and diri kita sendiri... siapa lagi nak jaga? aku ada buat entri pasal H1N1 ni pasal aku rasa... kita (secara umumnya) ambik mudah. betul tak? ha... dah senyum-senyum tu, betullah!

bila tengok orang bawak baby yang berusia sebulan lebih tu... aku kesian. kesian kat baby tu mungkin ada sebab tersendiri kenapa dia orang bawak. mungkin tak ada orang nak jaga. mungkin saja-saja nak bawak jalan-jalan. yang 2nd tu aku rasa tak payahlah. belum waktunya lagi. at that kinda age, baby ni sangat tender and fragile. dia bukan macam 'orang tua' yang boleh fights against penyakit (kecuali yang ada penyakit kronik). antibodi dia belum kuat mana pun lagi.

bila dah jadik benda ni... kita cuma boleh tunggu je. berkesan atau tak Tamilflu tu kita tak tahu. masa tu kita cuma boleh berdoa je. nak buat macam mana lagi? nak tolong macam mana lagi kalau dah kena. sekarang ni macam-macam penyakit ada. even my friend punya anak yang bezanya sebulan je dengan kelahiran Anis, is fighting dengan sejenis virus yang doc pun still tengah kaji. rotavirus bukan, H1N1 pun bukan. denggi pun bukan. tapi anaknya tu on off flu, batuk dengan demam.

kali ni aku nak membebel panjang sikit panjang sikit. ala, bukan makan masa sampai 2 hari pun kena baca entri ni. untuk renungan kita bersama je. aku pernah baca or dengar ceramah kot pasal swine flu ni. katanya, kenapa penyakit selalunya datang daripada pig? sebab pig ni pembuat virus paling hebat. pig ambik virus ni sikit, virus tu sikit... combine and dapatlah virus baru yang boleh spread thru animals and human. sebab tu jugak Allah haramkan pig ni. haiwan pengotor yang makan apa saja. yukkk!!! hehehe...

kalau kita sayang diri kita and orang-orang disekeliling kita tu... do something about it. aku ni... nak bagi encik suami balik Johor sorang-sorang... tak ada orang nak jaga, risau la jugak. tapi nak buat macam mana. nak tak nak dia kena balik jugak. cuma aku kena selalu ingatkan dia jaga makan minum plus drink banyak air putih dan air isotonik. hopefully, dugaan yang pernah kami alami tak berulang lagi. insyaAllah...



my foot: cuci tangan bersih-bersih. mandi guna sabun. jangan malas. kalau kita tak jaga diri kita and orang sekeliling, siapa lagi nak jaga? huhuhu...


pics credit to google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. yeke siannya diorg...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. memang dah jd style orang Msia kot. takut tu takut tp mcmmalas nak ambk langkah pencegahan huhu

    ReplyDelete
  3. @miss hav0c kita cuma blh tgk and kata kesian je la. takkan nak ckp dpn dia org kot...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. @hudhud mungkin jgklah. selagi tak kena selagi tu tak beringat..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign