Fresh from the owner...

13 May 2010

Hafiz Hashim wira negara! Sampai bila?


semalam ada siaran langsung badminton. Malaysia jumpa Denmark. tapi aku tak tengok. tak berapa nak rajin dan selebihnya malas. tak kisah la apa orang nak kata. tak ada semangat kesukanan langsung aku ni. sekarang ni memang tak ada. buat apalah nak tengok badminton tu kan? bukan best pun. hahaha... oppsss... jangan marah-marah dulu!

sekarang ni semua orang dok bercerita betapa hebatnya Hafiz Hashim. jadi wira negara. kalau tak sebab Hafiz ni belum tentu kita menang dengan Denmark. memang orang tak lekang daripada memuji si Hafiz ni. dia akan dijulang. berguni-guni pujian yang diberikan. mesti ada dalam paper pagi ni dok puji Hafiz.

tapi aku kesiankan dia sebenarnya. kenapa? waktu dia menang ni, semua orang puji. memang kata dia wira. cuba kalau dia kalah semalam? apa yang orang akan buat pada dia? keji kan? bab puji-puji ni sehari dua je. tapi kalau bab nak kondem or keji orang akan ambik masa berhari-hari. berminggu-minggu. rakyat ni tahu tengok tv... mesti menang. kalah sikit mesti kata jaguh kampung. tak reti main. gantung raket segala la. memang yang buruk-buruk je.

kalau menang sikit je memang melambung dipuji. hakikat ke kalau yang menang dipuji dan yang kalah dicaci? kita ni berada dalam dia orang punya shoes ke? kita rasa ke apa yang dia orang rasa? jangankan badminton... hampir kesemua sukan kat negara kita ni macam tu. apa yang kita tahu... nak menang je. tak boleh kalah.

sebab tu la aku menyampah nak baca berita sukan. malas nak tengok-tengok sukan ni sangat. the negative impact tu ada. dan paling kesian... players la. tengok je pada beregu kedua negara yang main masa jumpa Jepun. kalau macam tu la penonton kita... rakyat kita yang tak boleh nak terima kekalahan... memang sedih la kan? sekurang-kurangnya dia orang dah cuba. kalau kalah jugak, nak buat macam mana?

kalau diri rasa hebat, main sendiri la. buat apa nak bising-bising kat orang. huh! emo pulak la aku. menyampah la dengan sikap kita-kita ni. boleh ubah mindset sikit tak? apa...? MU ke Chelsea ke Liverpool tu sentiasa menang ke kalau main. sama je la.

dah! dah! terlebih emo pulak nanti. muahaha... cuma sedih dengan sikap kita ni. jangan puji lebih-lebih dan nak caci tu berpada-padalah. tu bukan kita yang kena. kalau kita tu entah apalah yang jadi. tahniah pada skuad Piala Thomas dan Uber. walaupun tak berapa nak menang... anda dah cuba yang terbaik. well done!!!


my foot: majulah sukan kalau nak maju. kalau tak maju tu salah siapa? huhuhu...



pic credit to Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. harap2 die dapat jd hero smpai ke final..tp kene lepas dlu la lawan china yg mmg hebat gile tu

    ReplyDelete
  2. @chybee
    tu la..
    mental fizikal semua kena kuat..
    kalo tak hbs la..

    ReplyDelete
  3. Lee CW Dah kalah dah... ngan Lin Dan lagi. Lin Dan sendiri cakap dia bukannya dapat baca rentak match pun, cuma ambil kesempatan atas CW yang macam gelabah banyak buat silap.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign