Fresh from the owner...

09 May 2010

Apa saja demi kamu...!!!


dah pukul 2 lebih rupanya.
aku masih setia mengadap blog ini.
bukan mengadap suka-suka.
mata mengantuk jangan katalah.
tapi demi anak-anak...
aku sanggup apa saja.


mereka cuma ada aku kerana abahnya tiada di sini.
malam ni Anis meragam lebih sikit berbanding semalam.
lepas selimutkan dia dengan baju abahnya...
barulah nampak dia tidur dengan tenang sikit.
sengaja spare 2-3 helai baju abahnya
yang dah dipakai tapi sengaja tak dibasuh.


tadi baru je nak pejam mata, Anis menangis.
puas jugaklah memujuk.
nasib baik Alya tak meragam.
dia okay-okay je.


pagi nanti ingat nak ke hospital.
masa pergi untuk dapatkan ubat for mata Anis...
aku dah cakap dengan doc tu Anis ni macam ada kahak je.
takut jugak benda tu boleh bagi kesan lain kat dia.
tapi doc tu macam entah apa-apa la.
geram pulak aku dibuatnya.


aku rasa MA pun buat kerja lagi baik daripada dia la.
sebab Anis pernah ada kes...
takut la benda tu jadik semula.
tapi rasanya tak kot.
hopefully la.


cuma kalau kena sedut kahak ikut tiub yang masuk kat mulut tu,
susah sikit la.
sakit! ingat tak sakit ke?
kalau tak takkan MA tu cakap even orang tua pun tak tahan.
masa Anis kena sedut pakai tiub tu...
dia still kecik lagi.
tak struggle atas banyak sebab.


apa-apa pun tengoklah pagi nanti macam mana.
tu pun kalau aku ni masih dapat bertahan mata ni.
kadang-kadang kalah jugak dengan mata sendiri.
demi anak-anak ni... aku rela apa saja.
inilah pengorbanan kita sebagai ibu bapa kan?
huhuhu...


my foot: yang terbaik kita berikan dan ajarlah mereka agar tidak melanggar batas-susila yang sepatutnya. agar mereka hormatkan kita bila dewasa nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Syukur alhamdulillah....akhirnya aku menjadi ayah.^_^

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign