Fresh from the owner...

19 May 2010

Anis dan pneumonia...

ini sambungan cerita Anis masa kena pneumonia...
(siapa yang tak tahu boleh klik word or pic kat sidebar)


sekarang Anis dah 8 bulan. apa yang jadi last year tetap dalam ingatan. rasa macam baru je lagi. at 1st, masa nak bawak Anis ke HTAA tu... dia dibekalkan dengan oksigen. dalam ambulance kena pegang je la mask tu. ada masa-masanya, mesin tu jammed sikit. MA tu la dok sibuk betulkan. takut belum sempat sampai HTAA, ada problem lain pulak.


malam kami ke Hospital Pekan tu (sebab dah dua hari breathing dia laju), doc check oksigen. katanya Anis tak cukup oksigen. bila bagi oksigen pun still tak cukup. doc ada cakap jugak, kahak dia banyak. tapi to be safe... dia nak x-ray lungs. sebab dia kata bagi oksigen pun breathing dia still heavy. macam ada masalah lain je. memang Anis masa bagi oksigen, dia diam je. siap tidur lagi. penat sebab bernafas laju.

perasaan aku masa doc cakap macam tu? tak tahu apa rasa dah. harap-harap tak ada benda buruk je la yang jadik pada dia. kami kena tunggu orang x-ray tu datang. malam nak raya. tukang x-ray pun dah balik rumah. encik suami yang handle semua masa tu sebab Alya was also there. masa tu dah malam sangat. Alya pun dah ngantuk. aku bawak dia jalan-jalan and dia tidur atas bahu.

bila dah settle semua. encik suami suruh aku tengokkan Anis. masa tu nurse dah sedut kahak dia. tapi still banyak katanya. Anis tak meronta sikit pun. tak menangis. cuma merengek je la. lapar kot. sebab sepanjang dia demam dan bernafas laju tu, dia jarang menyusu lama. kejap-kejap je sebab dia akan cepat penat. doc pun dah pesan tak boleh bagi susu lagi dah lepas tu. dia orang nak masukkan air.

walaupun kesian dengan Anis, aku tak boleh buat apa-apa jugak. masa tunggu result x-ray tu, encik suami temankan Alya tidur dalam kereta dan aku dengan Anis. sebabkan dia tak makan apa-apa malam tu, aku pesan dengan dia pergi cari makanan dulu. tapi dia nak cari air je. masa dia cari air tu la, doc datang dengan result. katanya Anis kena hantar HTAA untuk further checked up. doc dah tunggu kat sana katanya. perasaan memang bercampur-baur.

kebetulan pulak semua telefon dengan encik suami. nak called bagitau kena hantar HTAA pun tak dapat. kepala ni memikir nak buat macam manalah. bila MA datang bagitau ambulance dah tunggu kat luar, aku carik-carik jugak encik suami ni. then nurse datang tanya mana suami and nak tolong carik la. tapi tak ada. last-last MA tu offer handphone dia. aku called encik suami bagitau dah ada dalam ambulance and on the way ke HTAA. dia cakap dia akan menyusul kemudian.

Anis still macam tu. tidur atas pangkuan sambil mask dia tu aku pegang. dan we arrived kat HTTA pukul 12.30 am. sampai terus masuk PICU. docs dah tunggu nak sambut baby. dan kepala otak aku masa tu blank. tak tahu nak buat apa. just tunggu encik suami datang. sebabnya bila masuk je ICU, docs terus ambik Anis untuk checked and buat apa-apa je treatment yang sesuai masa tu.

dan aku menanti luar bilik tu dengan sabar dan perasaan berdebar. huhuhuuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign