Fresh from the owner...

15 May 2010

Alya ni boleh buat Ibu kena heart attack!!!


ni la si kakak Alya. adik naik stroller, dia pun sama nak naik. nakal dan lasak. takut sikit dengan orang yang dia tak kenal. bila dah lama sikit, baru la dia okay dengan orang tu. takut dengan orang ada baiknya jugak. tapi janganlah takut sangat. susah la pulak jadinya nanti. dia ni boleh dilihat tapi tak boleh ditegur. hahaha...

tadi around 2 am something, aku dengar suara dia. aku dekat meja komputer. dekat sangat dengan katil tapi sebab aku block katil tu dengan bantal (takut jatuh. makcik ni kalau dia rasa ruang luas kat katil tu mesti dia explore. kejap ke sana. kejap ke sini) kiri kanan, jadik terlindung sikitlah mukanya. dengar dia cakap, aku tengok la. dia senyum-senyum.

aku tanya, "Kenapa?"
Alya jawab sambil pandang siling, "Siapa duduk atas tu?"

erk...?! to make sure pendengaran aku okay. aku tanya sekali lagi. dan dia jawab, "Ada Malika!" kalau siapa-siapa pernah tengok Anak dengan Cucu Betong tu tahulah siapa Malika tu. pada Alya Malika tu perumpamaan untuk hantu la. tapi kadang-kadang dia cakap hantu jugak. si kecik ni betullah! bikin ibu kena heart attack la kalau macam ni.

kadang-kadang dia akan tanya, "Siapa datang?" dan kalau kita jawab 'tak ada', dia akan kata la... "Tu... kat depan tu siapa?!" adoiiii... cukuplah dengan abah seorang je. tak payah la sampai menurun ke anak. boleh terkejut ibu tengah-tengah malam kalau macam tu la yang dia tanya. Alya! Alya! huhuhu...



my foot: siapa duduk kat atas tu tolong jawab ye. tengah-tengah malam jangan main kat atas. takuuutttt!!! hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hahaha.. wallaweh!! seraammm.. hehe :P

    kadang tu ade je benda yang budak2 leh nampak tapi kita tak nampak pun..

    ayah alia pun nampak? err..

    ReplyDelete
  2. @ASaDa RyutaRo
    tu la...seram jgk!tp mmg budak2 selalu nampak apa yang kita tak berapa nak nampak.

    abah dia? selalu jgk la nampak.tp dia jarang cakap dia nampak kecuali kalau kita tanya dia kenapa. br dia akan ckp.

    lps tu menyesal sbb tanya.huhu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign