Fresh from the owner...

30 April 2010

Tragedi Subuh

cantik tak pic ni. credit to the owner of the photo.

kau ingat lagi tak masa zaman kita belajar dulu-dulu. ala, masa kat PPP tu la. kat seksyen 18, bukan 6. kat seksyen 6 nanti aku cerita pasal setiap kenangan yang ada kat situ buat ingatan dan tatapan anak cucu kita ek?! hehehe... zaman belajar ni banyak kenangan kan?


ingat lagi tak masa tu kita berdua je ada dalam bilik. aku tidur bilik kau kan. takkan kau lupa kot. walhal memang kau lupa. kau kan pelupa sikit. hikhikhik... ingat masa kau kata kau suka cara sorang lecutrer tu ngajo?


(ala, pasal lecturer mat saleh tu... apa nama dia ye? macam mana aku boleh lupa nama lecturer tu... richard ke? arghhh... aku tak ingat!). kau kata kau suka dengan dia walhal sebelum tu kau kata misai dia pun boleh ternak kutu. jangan tak ngaku. aku siap tunjuk bukti kau tulis tu dalam note yang kita main-main masa dia bagi lecture.


tapi tu cerita lain kan... yang kau ni masa subuh, aku kejutkan bangun solat memandangkan semua orang tak ada. balik kampung agaknya. tinggal kita berdua je. aku kejut baik-baik. kau merengus ye. siap cakap nak bangun buat apa. aku lempang jugak nanti. bila usaha mengejutkan kau bangun, gagal. ye GAGAL!!! aku solat sorang-sorang la. takkan aku nak tunggu kau bangun. dah kau tak nak bangun.


apalah yang kau mimpikan sampai kau kata, 'Nak bangun buat apa?'. ewah... ewah... nak bangun buat apa kau kata?! pagi tu bila kita cakap-cakap, aku cerita pasal kau tak nak bangun subuh, kau kata ingatkan saja-saja kejut. sah-sah kau mimpi pergi shopping ni. betul tak? tapi... semua tu dah jadik kenangan kan? padahal masa tu memang rasa nak lempang la barang sekali dua. hehehe... jadiknya, kau ter'missed' la subuh dengan jayanya hari tu. lain kali cuba bukak mata bila kena kejut ha...



my foot: yup! memang nama lecturer tu Richard. tidak syak lagi. muahaha...



pics credit to google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign