Fresh from the owner...

22 April 2010

Tok bomoh saya sudah kena rasuk hantu takut!

malam ni encik suami akan berangkat ke Johor. ala, baru Johor. tu pun nak bising ke? ye... kena bising la. ibu tak kisah. tapi nanti anak-anak la mencari nanti. especially anak manja abah, Alya. tadi pun nasib baik dia tidur dulu sebelum abahnya keluar rumah. kalau tak, puas jugaklah nak pujuk dia. mujur jugaklah petang tadi dia tidur kejap je. jadik malam ni dia tidur awal. ngeee...

esok, mesti dia tanya mana abah dia. konpem! hehehe... aku bukan nak cerita pasal tu la. tapi bila tangan ni dah start menaip mula la nak merapu je tulis. nak story benda lain dah jadik benda lain pulak. adoii la... susah jugak kalau kena macam ni. tapi aku apa pedulik. ni blog aku, suka hati aku la nak tulis apa pun kan? muahaha...

dua hari lepas kot, encik suami ada cerita dengan aku pasal tudung saji kat rumah ni terbuka (la... tudung saji terbuka pun nak jadik cerita ke? dengar dulu. jangan menyampuk boleh tak? oppsss...!). masa tu dia ke dapur sekejap. dia macam pelik la. selalunya tudung saji tu menutup makanan yang ada. tapi kenapa makanan terdedah? masa tu dah nak dekat pukul 12 malam. elok je tudung saji tu ada kat tepi makanan tu. macam orang buka dan terlupa dan tutup semula.

hah, siapa yang buka dan terlupa nak tutup? semua orang buat assumption kucing. pandai betul la kau kucing. bukak-bukak tudung saji la pulak. kami biarkan persoalan tudung saji tu tergantung macam tu je. sedangkan kalau kucing yang buat, mesti la ada kesan-kesan yang kita boleh kata kucing kan? tak kisah la...

lepas je tok bomoh aku cerita pasal tu, dia tiba-tiba kata... "macam ada orang bercakaplah!" aduhai encik suami! siapa yang nak bercakap-cakap tengah malam ni. semua orang dah tidur la. dia cakap dengan aku... "tak pernah-pernah rasa takut, tapi malam ni rasa takut pulak. dah kena rasuk dengan hantu takut kot macam dalam cerita tadi." huhuhu...


my foot: tu la... tengok cerita seram tu cubalah ajak orang lain jugak. kan dah seram sorang-sorang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign