Fresh from the owner...

09 April 2010

Siapalah yang paling bertuah tu...


Aku suka blogwalking. Dari situ macam-macam blog boleh jelajah. Kalau loading slow pun aku tunggu jugak kejap. Tapi kalau dah lambat sangat nak keluar inti pati blog tu memang aku pangkah terus la. Penat nak tunggu dengan line broadband ni yang kadang-kadang mencabar tahap kesabaran. Macam-macam ada. Daripada colorful kepada yang sesimple blog. Daripada biasa kepada emosional. Daripada cinta kepada duka dan begitulah seterusnya. Alamak, intronya lain... isinya pulak nanti lain. Apa daa...

form survey yang aku dapat
(tapi tunjuk bahagian hadiah je kasi teruja semua orang)

Aku cuma nak bagitahu masa aku tengah mengintip blog ardinihumaira, aku terperasan satu entri dia pasal Tumix. La... aku pun sama dapat peraduan Tumix tu. Macam terkejut jugak masa dapat. Manalah dia orang dapat alamt ni. Tahu-tahu je dapat. Tak kisahlah kan. Orang dah nak bagi, kita masuk je. Jangan banyak cerita. Ada rezeki, menang. Kalau tak ada, tak adalah. Apalah...

Aku dah pernah cuba Tumix (masak sup, kacau goreng... memang sedaplah! bukan promote tapi dah pernah cuba kan...) dengan Sekucup Rasa. Secukup Rasa kalau letak dalam bubur, tambah ayam, sayur sawi ke kubis dengan lobak, daun bawang, perh... macam buburlah rasa dia! Nak letak Tumix pun boleh. Pati ayam tu la. Eh, cerita bab makan la pulak aku ni. siap bagi resepi la pulak nak buat bubur. Macamlah korang-korang semua tak pandai masak bubur kan?

Lepas ni, my turn pulak nak post office (bukan aku la yang pergi. Will ask my sister to post it for me) and hopefully, siapa pun yang menang... kita tetap gembira walaupun kita tak dapat (isk...isk...isk...)

My foot: Semua tu atas tuah. Sebab tu namanya pun cabutan bertuah. Dah tak bertuah tu memang tak bertuahlah. Tapi bukan selama-lamanya pun tak bertuah kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. ^_^ betul tu kak.. cabutan bertuah atas nasib dan rezeki je.. kalau dapat memang bertuah la.. sepanjang masuk praduan cabutan cemni dni tak pernah bertuah hehe...

    godluck kak.. semoga ada rezeki, amin.. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign