Fresh from the owner...

27 April 2010

Siapa yang ketuk malam-malam ni?

awal-awal pagi ni teringat aku masa belajar kat PPP dulu (now known as INTEC). especially musim exam la. dah namanya pun musim exam kan? semua orang jadik rajin belajar. tapi aku time exam jadik cam malas gitu. hahaha... ada sekali tu, aku kena serangan stress. hah, macam mana tu?! bahagian bahu belakang, sakit gila. urat-urat tegang macam kena tarik. tidur tak boleh. baring pun tak boleh. dah nak exam ni. memang tak boleh buat apa. lastly pergi klinik and doc bagi injection. twice ye.

first time pergi, hilang la kejap askit tu. then, datang balik. pergi lagi sekali, dapat lagi sekali injection. doc kata stress. lama sangat duduk buat assignments. sampai sekarang sakit tu sesekali datang la jugak menyerang. memang perit la kalau kena. dah melalut dah cerita benda lain. sabar la. nak cerita la ni. tu pun tak boleh nak tunggu ke.

malam esoknya nak exam tu, aku lepak bilik member. kononnya nak study sama la. bila dah sakit, nak study pun susah. tapi aku cuba jugak baca and hafal apa-apa yang patut. around 12 something, kami yang berada dalam bilik tu dikejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. memang kuat la.

mula-mula dengar kat tingkat bawah. tak apalah. adalah budak-budak yang datang bilik budak bawah tu kot. tu pasal dia ketuk kuat-kuat. saja nak kacau. tak sampai lima minit, bunyi ketukkan tu sampai kat tingkat atas (my friends' room kat tingkat 5 ok!). tiga empat kali ketuk, tak sempat nak bukak pintu... bunyi tu dah hilang. kejap lagi dengar kat bawah pulak. tingkat 2. lepas tu atas... begitulah seterusnya. ada budak dalam bilik tu nak bukak tengok siapa yang main-main ketuk pintu malam-malam tu.

tapi the rest of us tak bagi. sebabnya... memang tak ada sesiapa kat luar tu. kenapa aku cakap macam tu? cuba bayangkan... dalam tempoh tak sampai 3 minit, 'dia' dah boleh turun bawah ketuk pintu bilik bawah pulak. kalau normal human being, nak turun ke tingkat bawah dalam masa less than 5 mins... memang tersungkur la kat tangga tu. mana tahu kat tingkat 2? sebabnya, bunyi ketuk tu kuat tapi sayup-sayup. tak faham?

'dia' ketuk dummm... dummm... dummm... memang kuat. jadik bila sampai kat tingkat bawah tu sayup-sayup je dengar. jadik tu pasal kami tahu kat tingkat mana 'benda' tu ada. tapi bila time nak periksa, biasalah kalau benda tu keluar. mengacau dengan lebih kerap. the seniors ada bagitahu pasal tu awal-awal lagi. cuma macam mana 'dia' nak kacau tu terpulang la pada orang. tapi memang pintu tu kami tak bukak sampai sudah. and bunyi tu kami biarkan saja.

nak layan pun buat pe? buat takutkan diri sendiri? simpan je la rasa takut tu and focused more to the exams la. hohoho... tapi scary jugak la. tetiba je dengar benda-benda macam tu kan?


my foot: ingatlah Allah sentiasa. pada DIAlah kita meminta pertolongan...





pic credit to google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign