Fresh from the owner...

12 April 2010

Sekadar renungan bersama...

aku baca cerita kat mana entah... aku pun dah lupa. tapi kisah ni pasal ibu mertua yang berdendam dengan menantunya. memang dia tak suka, benci sangat sampai cuba menjauhkan anaknya dengan pemuda tadi. harapannya agar hubungan tu terputus terus. dan dia bolehlah memilih pasangan hidup yang dirasakan sesuai dengan anaknya tu. tambahan pulak anaknya cantik jelita. nak dibandingkan dengan lelaki tu... jauh panggang daripada apilah.

tapi jodoh dia orang kuat. bila dah kawin pun sama jugak. tetap dibenci ibu mertua. walaupun macam-macam cara si pemuda buat untuk ambil hati ibu mertuanya tapi tak berkesan. bila mereka terlibat dalam kemalangan dan si anak cedera teruk di muka, lagi benci la ibu mertuanya tu. pemuda ni, atas dasar sayangkan isteri sanggup berkorban dengan bagi kulitnya untuk ditampal kat kulit muka isterinya itu.

pesannya pada doc, jangan diceritakan kepada sesiapa pun jika ditanya siapa yang dermakan kulit. takut nanti ibu mertuanya tambah benci. dipendekkan cerita, isteri kesayangan pemuda tu selamat menjalani pembedahan dan kulitnya yang teruk tu beransur-ansur pulih. walaupun tak baik sepenuhnya tapi keadaannya lebih baik. si ibu yang terlalu sayangkan anak ni mencium bertalu-talu pipi anaknya dan pemuda tu hanya memerhatikan kegembiraan si ibu tua itu.

doc pula memegang kemas rahsia pemuda itu walaupun didesak si ibu mertua itu berkali-kali, siapa yang begitu baik sehingga sanggup mendermakan kulit buat anaknya itu. kenapa doc rahsiakan? bukankah lebih baik diberitahu saja agar hubungan menantu-mertua bakal pulih. sebabnya, doc ambik kulit punggung si pemuda untuk ditampal di muka si isteri. kalau ibu mertua dia tahu tu kulit punggung pemuda itu yang diciumnya, mesti dia tension tahap dewa. mahu diamuknya satu kampung. huahuahua...

hubungan mertua dan menantu sepatutnya begini kan?!

my foot: ok apa, dia sanggup bagi kulit punggung dia. tu kan ke isteri dia. biarkanlah. ibu-ibu kat luar sana janganlah jadik seperti 'Ibu Mertuaku' sudahlah... muahaha...


pic credit to pakcik google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign