Fresh from the owner...

15 April 2010

Sedap bangat! Patutlah rasa macam nak simpan sikit je...


semalam tiba-tiba rasa teringin nak makan jemput-jemput bawang dengan ikan bilis. jadik, aku pun mengadun la adunan jemput-jemput tu. padahal masa tu dah makan dah tapi nak makan jemput-jemput la pulak. apa punya perut la aku ni. tapi okay la kalau nak makan tu kan? badan aku ni tak naik-naik beratnya. statik macam statiknya berat Alya padahal makan kadang-kadang tu sampai dua kali tambah. tengahari la kan... malam kadang-kadang tu tak makan dah.

bila dah malam, anak mengombeng (hisap susu), mata jadik ngantuk. last-last tertidur sama dengan dia orang. sedar tak sedar pun dalam pukul 11pm or 12++ am. time tu mana ada rasa lagi nak makan. eh, melalut cerita benda lain la pulak. jemput-jemput tu (secret recipe hubby aku) aku buat dalam bekas yang agak besar. kalau petang goreng jemput-jemput tu memang kejap je dah licin. sampai tak cukup. kadang-kadang aku dengan mak-mak yang nak makan ni dapat sikit je. yang lain semua anak-anak yang bedal.

aku rasa bancuhan tu aku buat banyak, so aku suruh la kakak aku simpan sikit untuk goreng petang nanti. rasa macam nak makan pulak petang nanti. yang pagi tu goreng, memang habis sekelip mata je. tiba-tiba la pulak jadik macam tu aku. pagi petang nak makan jemput-jemput. apa kes ni? mengidam? tak ada maknanya...

tengah goreng..

siap...

bila aku ingat-ingat semula, patutlah... encik suami balik petang tu. malam dia nak makan jemput-jemput. jadik jemput yang aku tak goreng petangnya tu, aku goreng waktu malam untuk dipersembahkan kepada si dia yang kelaparan. alahai... kadang-kadang dapat premonition and presentiment awal ni bagus jugak. cuma tak tahu kenapa kita buat itu ini. rupa-rupanya ada sebab tersembunyi yang kita mungkin akan sedar kemudian. wah... the bond between me and encik suami memang hebat la! harharhar...


nyum...nyum...nyum... sedap!!!

my foot: untung jugak dapat tahu semuanya awal kan? tapi kalau benda yang tak baik, tahu awal mungkin jugak tak menyenangkan. terpulang pada kita dan pada Allah yang menentukan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign