Fresh from the owner...

18 April 2010

Sebelum hujan turun...

cuaca hari ni mendung. pagi tadi hujan sekejap. nampak macam nak hujan lagi. tapi tak tahulah. semalam, panas bukan main lagi. nak keluar jalan-jalan time panas pun dah jadik malas walaupun ada benda yang nak dibeli. dua-tiga lepas aku ada baca dalam newspaper pasal daerah Pekan (tempat Dato' Seri Najib ye...) mencatat kadar H1N1 paling tinggi dekat Pahang ni. kalau tersalah informasi, maafkanlah saya ni. 

macam manalah nak bawak anak-anak berjalan kalau macam tu lah rupa keadaannya (macamlah aku bawak dia orang berjalan sangat sekarang ni kan?! ngeee). tadi the father nak keluar kejap sebab ada urusan. Alya sama sibuk la nak ikut and Anis pun excited bukan main lagi (tak ada maknanya dik! tak ada orang nak bawak adik jalan-jalan. hahaha...).

jadik, nak gembirakan hati anak-anak ni, bawak la pusing-pusing. singgah kejap kat taman permainan bagi semangat sikir kat dia orang. taman permainan dekat dengan rumah je. baru je masing-masing seronok nak main, ada air menitik atas tangan. gerimis la pulak. gerimis untuk budak-budak tak berapa elok. boleh buat demam.

walaupun Alya tak berapa puas nak main but we've promised her untuk bawak semula ke taman tu kalau cuacanya elok. dan sebelum hujan lebat, lebaih baik kami balik dan berteduh di rumah. tak gitu? sekarang ni Alya tengah main dengan sepupu dia kat dapur. me in the room tengah carik feel nak makan. hehehe...

my foot: gembirakanlah hati si kecil kita tu sebab masa kecik ni dia orang bukan tahu apa pun. tahu enjoy. cuma kegembiraan tu biarlah berpatutan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign