Fresh from the owner...

02 April 2010

Saya insaf...!!! Saya tak nak buat lagi...

kejadian ni pun buat aku teringat sebenarnya. after dapat lesen kereta, aku dengan antara berani dan tidak, diminta oleh encik suami untuk drove daripada Pasir Gudang ke Shah Alam. wah, menggigil rasa tangan. panik kat dalam ni jangan cakaplah. jauh jugak tu. dahlah masa mula-mula bawak kereta my bro, kereta stuck tengah jalan. aisey... lagi cuak masa tu. baru belajarlah katakan. buat-buat pandai la. terpaksa. kena hon? alah bisa tegal biasa. hehehe...

first time bawak tu memang dah gabra. tapi kontrol la sebab diberi sokongan moral oleh encik suami. kena pulak bawak auto padahal sebelum tu biasa dengan manual. rupanya bawak auto lagi best daripada manual. sepanjang perjalanan ke Shah Alam tu, rasa macam bawak biasa-biasa je. tapi when my husband bagitahu kawan dia bila dah sampai ke Shah Alam... his friend said, "Lajunya tunang kau bawak!" (masa tu tunang lagi..). erk, laju ke?

dalam takut-takut tu sampai jugak ke Shah Alam...

dan benarlah seperti kata kawan suami aku tu. bila balik daripada Shah Alam ke Kuantan, ikut highway Karak tu memang best la. jangan ikut jalan lama. jalan baru kan luas terbentang. banyak jugak kemalangan ngeri berlaku kat area Karak's Highway tu sekarang. cepat je sampai. baru kau tahu! kalau naik bus tu berjam-jam baru boleh sampai. drive sendiri, kejap je. in the blink of an eye.

tapi yang tak bestnya dan membenarkan kata-kata kawan suami aku tu bila mana a few months later, ada satu surat saman sudah sampai. atas sebab apa disaman? SPEED TRAP! alamak kat area mana kena tu? BENTONG. huhu... laju sangat ke aku bawak sampai kena speed trap? nak salahkan suami memang tak boleh sebab sepanjang tahun 2007 tu, aku sorang je yang bawak kereta tu pergi ke sini sana. dia cuma jadi co-pilot je. dah sah-sah aku yang kena. aku yang buat! saman pun samanlah encik polis. dah tentunya tu salah saya!

hakikatnya, bila aku drive untuk perjalanan jauh, suami for sure akan jeling meter and kalau terlebih sikit daripada 130km/jam, dia akan berbunyi la. macam alarm clock. hahaha... tapi kadang-kadang tu tak terperasan sebenarnya. especially kalau dekat highway. memang tak ingat. seronok je bawak. kalau ada kereta yang bawak macam makan angin tu, mula la aku menyirap. eh... eh... nak marah-marah pulak! suka hati dia la nak bawak macam mana. dah tu kereta dia. sibuk je...

moral of the story: tengok-tengok jugaklah meter kereta tu. jangan bawak sampai tak ingat dunia. pandu cermat jiwa selamat. dan jangan takut-takut nak bawak kereta. belajar melalui kesilapan. janganlah sampai langgar kereta orang kan. tak pasal-pasal pulak kena menerbangkan duit sendiri. hohoho... encik polis, saya akan cuba jadi pemandu yang baik lepas ni ye!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. hehehehe.... bawak kete auto memang enjoy....

    ReplyDelete
  2. sentiasa hati2 ketika memandu..... ;-)

    ReplyDelete
  3. hazman: tu la..tak sakit kaki tgn time jam..

    kisahremaja: yup!!!nxt time kene hati2 la...

    ReplyDelete
  4. kak..sue kalau bawa keter manual...berpikir balik..mana clutch n brake suma..kikiki...n time bukit...mmg sue turun keter..rasa tolak dari belakang jerk lar kot....dah tak reti dah nak bawa manual..auto best kan..kiki...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign