Fresh from the owner...

20 April 2010

Hari itu bukan hari ini...

pic ni was taken tahun 2008. masa tu bawak Alya (7 bulan kot masa tu kalau tak silap), ambik angin pantai. view ni waktu pagi. nak kata mendung waktu tu, tak jugak. tapi redup je. angin pantai pun boleh tahan. mungkin tu petanda dah nak tiba musim tengkujuh kot. masa terpandangkan scene ni, aku tertarik hati terus capture. untuk jadikan kenangan. location kat Dungun. tempat persinggahan budak-budak UiTM ni (erk, salah seorangnya aku ke?! aku ex-UiTM. main campus. tak ada course aku kat branch. huhu...).

aku sangat suka dengan pantai. tapi tak sanggup berumah di situ. tempat ni, bila datang musim air pasangnya, air laut akan naik sampai ke jalan. esoknya boleh tengok la pasir-pasir pantai yang dibawa air ni ada kat atas jalan. musim tengkujuh 2009 paling teruk la sebab berlaku hakisan kat sini sampai terpaksa tambak dan tutup sebahagian kawasan tu untuk dibaikpulih semula.

pic ni jugak yang aku bagi untuk contest 'earth we care' tu. looking at nature buatkan mind jadik tenang (tu aku la... orang lain aku tak tahu), hati jadik senang. dah lama jugak tak ke pantai. this time around nak bawak cik Anis la. jadik cepat-cepat la sihat cik Anis ye... senang ibu nak bawak jalan-jalan. ngeee...


ni Alya masa 7 months tu. menghabiskan masa dengan gembiranya kat pantai. sangat suka main pasir pantai. next time kakak, kita bawak adik pulak ek...

my foot: berlanjutankah saat-saat bahagia begini? hmmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign