Fresh from the owner...

23 April 2010

Lupa nak taip tajuk entri...

pernah tengok tak pasangan tua jalan pegang tangan?
tak kiralah apa bangsa sekalipun.
mungkin ada yang pernah tengok.
mungkin ada yang tak.


aku pernah tengok.
ala... sweetnya!
tua-tua pun romantik gitu.
pakcik makcik... saya respect pakcik dengan makcik.
dah tua-tua pun nampak loving je.
jealous saya dengan pakcik makcik.


kebetulan tu di KL beberapa tahun yang lalu.
masa aku tengah belajar lagi.
nak ke Pudu la.
masa tu kat Shah Alam tak ada lagi bus ekspress ke Kuantan.
jadik sebelum tiba kat Pudu, kita pusing-pusing dulu ye...

tengah berjalan-jalan tu aku nampak this pakcik genggam erat je tangan isteri dia.
sambil jalan tu pakcik ni tak lepaskan sikit pun tangannya.
dalam hati aku ni,
"kalau aku dapat pasangan macam pakcik tu... alhamdulillah!"
aku bukan nak pakcik tu la.
apa la yang kau fikir ni.
nak kena lempang sedas?
hehehe...


dah tua-tua tapi mampu kekalkan kebahagiaan tu.
satu lagi kebetulan aku jumpa kat restoran.
pakcik dengan makcik tu makan sepinggan nasi.
kongsi.
ada adegan suap-menyuap tu tak berapa nak pasti pulak.
sambil makan sambil sembang.
nampak happy je dua-dua.


bukan senang nak bahagia kan?
ada pasangan kena sepak terajang.
ada pasangan buat hal sendiri-sendiri.
ada pasangan masa ni je sayang nanti melayang.
banyak ragam
aku terasa nak pergi kat pakcik makcik tu tanya petua dia orang kekal bahagia.
tapi malu la pulak.
jadik cuci mata je la tengok gelagat warga emas kita yang bahagia tu.



my foot: mana yang baik kita jadikan ikutan. kalau untuk kebahagian, apalah salahnya. encik suami, kita mungkin tak sempurna tapi kita tetap cuba untuk bina bahagia bersama kan? aduhai... emo pulak bila kena tinggal. hehehe...



pics credit to google


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign