Fresh from the owner...

17 April 2010

Perlu ke entri 'Kenapa saya berblog'?


aku ada baca dalam satu blog atau lebih daripada satu blog pasal benda alah ni. dan aku rasa terpanggil untuk menyatakan isi hati aku untuk memuaskan hati aku sendiri sebenarnya. bukan untuk orang lain pun. kalau aku dok simpan je dalam hati pasal benda ni pun tak elok jugak kan? jadik, luahkanlah hatimu... inilah... buktinya... (pinjam lirik lagu Cinta di Akhir Garisan).

penulis blog kata yang dia tak berapa berkenan dengan blog-blog personal (maaf kalau saya tersalah tafsir) sebab dia berblog nak carik duit. blog-blog personal ni banyak yang merapu, merepek, meraban... jadik boleh menganggu usaha untuk mencari duit. betul ke? bukan ke itu atas rezeki masing-masing?

kita kena tengoklah atas sebab apa kita berblog. macam aku sendiri... ni blog personal. aku tulis apa yang terlintas di kepala. memang aku tak peduli apa orang kata tapi kritikan tu tetap diterima. aku nak cerita pasal aku beli tudung baru ke (ada ye entri pasal tu... cuma tak post je lagi. hehehe...), anak-anak baru potong rambut or beli baju baru atau apa sajalah, aku suka. at least... bila sampai masanya, the kids one day will read about these kinda stuff dan dia orang akan tahu, bila masa dia potong rambut... macam mana dia masa kecik. apa parents dia suka buat during pastime. semua benda.

semua benda dia orang akan tahu except the part bila mana parents having fight tu tak termasuklah kan. tu simpan sendiri-sendiri la. ngeee... dia orang akan tahu parents dia orang ada recorded semua benda yang berlaku. selain daripada tu, berblog ni untuk kepuasan aku sendiri. aku rasa happy bila berblog, so aku berblogginglah. tak boleh nak kata apa la kan? cari duit daripada blog tu mungkin la kalau ada rezeki terpijak dan dipijak. kalau tak ada tu, tak kisah la. betul tak?

in my opinion, aku rasa kita kena stated daripada awal kenapa kita berblog. so orang akan tahu dan siapa-siapa yang memang tak berapa ada hati dengan personal blog tak akan baca blog kita. dah bagitahu awal-awal kan? biar la dia nak ping pasal dia baru cukur misai ke, kucing dia beranak kembar ke... suka hati dialah. benda tu membahagiakan dia. biarkanlah!

ni bukan entri emo. tapi cuma terbuka hati nak tulis pasal ni je. pada siapa-siapa yang terbaca entri ni secara sengaja ataupun tak sengaja dan terasa hati dengan apa yang aku tulis, aku mintak maaf. ni bukan untuk menyinggung perasaan siapa-siapa. it's just a piece of my thoughts. lain orang, lain pulak pandangannya kan?

my foot: a piece of thoughts la yang kadang-kadang orang tak boleh nak terima. betul tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Ya betul~ kepeh2. Blog personal untuk kenangan, tatapan anak cucu satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. blog tu pun asalnya diari online..

    ReplyDelete
  3. bell:

    tu la kan...takde harta lain ada blog pun jdk la.ngeee...

    ReplyDelete
  4. dinsblog:

    ada jgk yg x tau..tu yg kita kene bgtau...kan?

    ReplyDelete
  5. lar, ada jugak ke yg kondem pasal org nya personal blog? ish tak faham tul, suka hati lah, blog sendiri, nak tulis apa pun lantak lah..hhuhuhu~

    aku yg emo,
    pemilik personal blog jugak!

    ReplyDelete
  6. kehkehkehkeh ada eh org camtu..aku ni jenis mls nak amik tau..nak benci ke kutuk ke ape ke tu hak org kan..

    so ape beza org yg nak berblog suke ati dier tuh??

    fair enough kan..

    berblog untuk kepuasan,duit,share atau ape saje..tu hak individu, tada sape halang

    ~hmm dah matang ghopenye aku ni kahkahkahklah

    ReplyDelete
  7. Bitter Sweet:

    Ada. Kebetulan masa blogwalking terbaca entri pasal tu...la, dia nak crk duit thru blog crk la..bkn ada mslh pn kan?

    ReplyDelete
  8. parkbhute:

    mula2 tu mcm tak ksh jgk..tp org2 mcm ni kita kena bgtau sbb apa kite berblog.nnt jdk isu pulak dlm blog dia.tak terbaca takpe...

    tp kalau dh terbaca tu..kenalah bg pendapat brg sekeping dua.

    ngeeee...

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Terima Kasih sebab hari tu tandang ke RestNrileks dan bagi komen.

    Ingat nak kunjung balas, tapi tinggalkan pautan hari tu, bila klik ke twitter tak dak la pulak blog ni.

    Kebah demam (blogging is no longer fun) hari tuu dah Alhamdulilah baik.. makan makjun dan vitamin.

    Tang blogging ni, memang ada banyak kategori, personal, artis, gossip, dll. Pilih aje mana yang rasa suka untuk dibaca. Tak suka boleh tinggalkan. Macam juga buku yang dijual di kedai, ada macam2 tajuk .. tuu jee.

    Orait, Selamat Hari Ahad dan selamat berblogging dan selamat Hari yang Baik sentiasa : )

    ReplyDelete
  10. sama-sama..sy dgn twitter tu baru lg..tgh nak adapt dgn segala mcm benda dalam twitter tu.

    demam dah ok..boleh berblogging lg la ni...hehehe..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign