Fresh from the owner...

10 April 2010

"PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK"


Masa muda-muda dulu, bila tengok je orang susukan anak, tertanya-tanya jugaklah sendiri... aku nanti macam manalah agaknya. Bila dah ada anak sendiri barulah faham. Bond between a mother and the child memang sangat rapat. Alya started menyusu masa umur dia nak masuk dua bulan. Sebelum tu pun dia hisap susu ibu jugak tapi dalam botol. Dia tak pandai nak breastfeed. Terpaksa bagi ikut botol. Tapi bila dia dah boleh menyusu sendiri, dia rejected susu sebelah kanan. Hisap sebelah kiri je. Alhamdulillah, susu banyak.

Tapi yang jadik masalah besarnya, bila dia tak nak hisap sebelah kanan... susu banyak, bengkaklah breast sebelah kanan. Pam, urut... macam-macam cara dah buat. Petua macam-macam ikut. Masa tu je la okay. Pastu nanti bengkak semula. Sampai satu tahap, susu dah berketul-ketul kat dalam. Pergi jumpa tukang urut, dia kata susu basi dah banyak kat dalam tu. Dia la yang kata kan. Dia urut la. Huiii... sakitnya boleh tahan! Itu pun dia kata, aku punya kes ok lagi. Ada orang tu datang dari Kuantan, dah merekah breast dia sebab baby tak nak hisap. Dengar dia cerita tu, takut jugaklah.

Keadaan tetap sama. Balik daripada berurut, aku demam. 3-4 hari jugaklah. Sakit bila susu tak nak keluar tu jangan cakaplah. Paksa baby hisap pun dia tak nak jugak. Memang seksa jugaklah masa tu. Tapi susu sebelah kiri tetap dia hisap macam biasa. Sepanjang aku sakit tu, dia langsung tak meragam. Baik je. Kalau aku demam dan baring je sepanjang hari, dia tak merengek pun. Diam je duduk sebelah.

Nak solat pun memang susah jugak. Bila rukuk ke sujud ke memang sakit la. Letak kubis, sejuk la sekejap. Tapi sakitnya Allah je la yang tahu. suami dah tak tahu nak baut apa lagi dah. Klinik, hospital, pergi semua. Dia orang just bagi ubat surut bengkak tapi tak berkesan pun. In the end, kesan daripada bengkak yang terlalu lama (almost 2-3 months jugak suffered), isi dekat bahagian breast tu terkeluar. Sakit! Cuba cara kampung pun tak jalan. Lastly pergi specialist.

Kat specialist lagi best. Dia suruh operate buang isi tu. Tapi ada syarat yang kena ikut. Ambik pil untuk hentikan susu. Meaning, baby kena bagi botol la. Tak tahu apa nak cakap lagi masa tu. Ubat tu akan bagi kesan dalam masa 7 hari. Lepas susu kering, datang semula untuk operate. Dalam hati ni bercampur-baur. Even, doc perempuan (dah lupa apa nama dia) tu cakap... memang sayang nak berhentikan susu. Especially first baby. Tapi dah tak ada pilihan, nak buat macam mana lagi.

Aku berfikir-fikir jugak. Tapi ubat tu aku tak makan. Tak apalah kalau seksa sikit asal baby dapat manfaat susu ibu. Memang sampai ke akhirya, ubat tu aku tak makan. Mungkin sebab rasa sayang pada baby tu buat aku bertahan. Tapi still aku cari cara lain untuk tutup luka yang dah terkeluar isinya tu. Aku guna gel gamat Healin. Mana tahu nak ditakdirkan Allah, benda tu berkesan. Alhamdulillah... dalam sebulan pakai benda tu siang malam... luka tu mula kering. Lama-lama baik. Tapi kesannya tetap ada sampai sekarang.

Dan alhamdulillah jugak. Dua-dua anak aku dapat susu badan tanpa kurang sikit pun. Even yang kakaknya ni pun still menyusu walaupun dah banyak cara guna untuk berhentikan dia. Alhamdulillah jugak... susu still banyak dan cukup untuk dua-dua permata hati aku ni.

Nama anak :NUR ISMAHANI ALYA & NUR ANIS INSYIRAH
Nama Ibu: SALBIHA BINTI MOHAMAD BAHARI
Berapa lama menyusu : 2 TAHUN 8 BULAN
Umur anak sekaran: 2 TAHUN SEBULAN & 7 BULAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. salam..

    Terharu bile baca cite ibu.. Kuat betul semangat ibu. Semoga di permudahkan segalanya..

    Good Luck..

    ReplyDelete
  2. salam kenal =)

    rupa2nya bengkak susu ni perkara biasa ye...sy ingatkan sy kena teruk dh. rupanya ada juga yg mgalami keadn yg sma...mklumlah anak pertama. mane nk tau sgt. tahniah kpd ibu2 yg bsemangat kental ni (^_^)

    ReplyDelete
  3. emma:

    insyaAllah..masih kuat semangat.semangat nak susukan anak.

    mama ahmad:

    mmg pn.. especially awal2 kelahiran.
    kalau baby tidur sedap, kena kejut bangun menyusu.
    kalau tak memang bengkak la...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign