Fresh from the owner...

01 April 2010

Pemandu merbahayakah saya? Huhu...

teringat aku masa mula-mula belajar kereta dulu. masa tu aku dengan sorang kawan ni. aku ambik pakej sekali dengan motor. senang sikit kononnya. my friend tu ambik lesen untuk motor and L untuk kereta. tempat aku pergi registered kiranya ejen untuk driving school tu la. dia orang ni macam diskriminasi sikit. saiapa-siapa yang nak belajar bawak kereta dia orang layan baik punya. tapi bila orang tu nak belajar motor, kureng sikit perhatian dia orang bagi. tak patut kan?

aku dengan kawan aku ni belajar la asas-asa kereta dan macam mana nak hidupkan and stuff. aku pulak time tu ikut je. kalau dulukan motor, P aku sure habis awal. sengal. ikut sangat cakap orang kat driving school tu. menyesal pun dah tak berguna lagi.

tapi yang paling aku ingat sampai sekarang... masa untuk belajar bawak kereta tu memang tak lama mana pun. lepas tu ada pre-test untuk tentukan boleh ke tak ambil test betul dengan JPJ. memang masa belajar confident gile. walaupun ada silap sikit-sikit, yang lain-lain tu perfect. especially time daki bukit. cikgu mengajar pun kata okay.

katanya, orang lain selalu failed bab-bab daki bukit tapi aku tak pernah buat silap kat situ. wah... terrernya! even masa real test pun daki bukit aku tak gagal. walhal orang lain macam-macam kejadian ada. ter'reversed' semula. terlajak sampai ke depan. terlebih tekan minyak... macam-macam. cuak jugak la masa tengok orang lain jadik macam tu. aku ni macam manalah agaknya ek?!

masa pre-test, semua perfect. so, aku bolehlah berjumpa dengan encik JPJ untuk real test. masa real test memang best betul. starting dengan ujian jalanraya. drive la aku ni dengan ala-ala tak berapa confident. masa nak sampai kat gate driving school tu, ada la sebuah kereta. encik JPJ tu siap marah-marah. menganggu aku yang tengah bawak kereta ni katanya. huhu... macam nak lulus je aku ni. tapi disebabkan teruja yang teramat sangat, aku tak perasa ada kancil putih sebelah kanan aku.

alamak, nyaris-nyaris da...! encik JPJ tanya, aku tak nampak ke kereta tu. aku katalah tak. dia pun katalah... "Bahaya awak kereta macam ni!" Adoii... apa dah jadik ni. ingatkan meritnya sikit je. sekali bila dah sampai ke tempat yang dituju, encik JPJ pun kata... "Awak bawak kereta secara merbahaya dan saya terpaksa gagalkan awak!"

secara automatisnya... my mood went down. memang down gile. walaupun berjaya melepasi bukit untuk test ke-2, tapi untuk parking??? apa dah jadi ni... aku sendiri tak tahu apa yang tak kena masa tu sampai aku langgar tiang-tiang yang ada yang mana sebelum ni aku tak pernah sentuh pun. dan secara automatisnya jugak, aku failed dua-dua test tersebut. cikgu yang mengajar aku tu pun terkejut jugak. tak sangka aku boleh failed. dah nasib badan cikgu!

dengan itu, aku terpaksalah repeat test. belajar lagi empat jam before ambik semula test dengan JPJ. kali ke-2 ni aku lebih tenang la. macam biasa. aku kena buat test jalanraya dulu. ada la dua tiga orang before aku yang tak sempat keluar pun daripada school tu. ada yang tak pasang seat belt. ada yang salah lorong. macam-macam. dan bila kita belajar daripada kesilapan dan lebih berhati-hati, walaupun ada silap sikit kat mana-mana InsyaAllah... boleh punyalah. jangan over confident, too confident.. biasa-biasa je. encik JPJ tu bukan makan orang pun. dia makan nasi macam kita jugak la... hahaha...

p/s: bawak kereta tu elok-elok. ikut step. jangan main hentam je. biar lambat asal selamat. tapi jangan la lambat sangat... nanti tak selamat pulak dengan encik JPJ tu. yang paling baik jadik orang yang berada di tengah atau hampir-hampir ke hujungnya. kenapa? sebab time aku... encik JPJ tu dah penat bangat... mungkin ada yang dia terlepas pandang kot... hehehe... alhamdulillah... lepas jugak aku dengan test ke-2 ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign