Fresh from the owner...

06 April 2010

Opsss... saya tak sengaja! Awak pun salah jugak!

Apalah ‘bertuah’nya nasib aku as a new driver ni. Maaf la encik! Saya teruja dengan lesen yang saya baru dapat ni. Kehkehkeh... Ni lagi satu kejadian selepas setahun aku dapat lesen. Still new dengan kereta dan jalan raya. Kalau motor tu tak ada masalah sangat. Dah expert. Hahaha...

Even masa still study kat UiTM dulu pun aku bawak motor. Bukan kereta pun. Pergi mana-mana pun dengan motor. Jadik, bila ada dan dapat kereta, perasaan tu teruja lebih sikit la kot. Memang malas jugak nak drive kadang-kadang tu. Tapi encik suami kata, bawak la. Biasa-biasakan diri.

So, the story was like this... satu hari tu, we went to Wangsa Maju untuk jumpa my bro-in-law. Nak hantar barang kot kalau tak silap. Dia kan masa tu tengah belajar untuk persediaan ke Jepun. Apalah nama tempat kat situ, aku pun dah lupa. Tapi masa nak pergi kat tempat dia tu, jangan cakaplah. Sesat sampai ke KLCC. Ngehngehngeh... Kalau jalan Shah Alam tu aku tahulah. KL ni tak berapa mahir.

Bila dah jumpa tempat tu and dah bagi barang kat dia, kami balik terus la. On the way nak carik jalan balik tu, kami terpaksa la melalui satu kawasan yang sempit. Sebenarnya, tu jalan raya. Tapi orang parking kereta kat bahu jalan. Tempat luas pun jadik sempit. Pada aku, pengguna baru ni... rasa sempit la. Dan memang dah ditakdirkan... aku dengan bangganya terlanggar side mirror sebuah kereta ni. Terpelanting ke tengah jalan cermin tu. Hohoho...

Encik suami tu dah bagi warning awal tapi aku tak sempat nak buat apa-apa. Tercabutlah side mirror orang tu. Tapi, tak boleh nak salahkan aku jugak. Siapa suruh dia parking kat bahu jalan? Tu bukan tempat parkinglah. Tak pasal-pasal tercabut side mirror awak. Maaflah encik. Saya mungkin salah tapi encik lagi bersalah daripada saya. Betul tak encik?

Kenapa encik kata? Encik tengoklah kat mana encik parking kereta encik tu. Kan dah menyusahkan saya yang baru belajar ni. Tapi tak apa. Kerosakkan kereta tu encik tanggunglah sendiri. Saya tahu buat je. Muahaha... Aku mintak maaflah dengan driver tu. Tak sempat nak jumpa masa hari kejadian sebabnya:

1. Tak ada tempat nak parking kereta.
2. Kami tunggu tapi tak ada orang keluar.
3. Berapa lama nak tunggu? Kami pun kejar masa jugak.
4. Eh, aku tak salah la...!!!

Moral: Bawak kereta tu pandang jugak kiri kanan. Jangan pandang depan dengan belakang je. Kan dah langgar side mirror orang... Jangan parking kat tempat yang tak sepatutnya ye... Tak pasal-pasal hilang aksesori kereta anda! Muahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign