Fresh from the owner...

10 April 2010

Mahunya makan hati kalau macam ni terus...


Hari ni memang mencabar la. Hari Sabtu yang cukup mencabar paru-paru dan limpa dan segala anggota dan organ dalaman aku ni. Kenapa? Kenapa lagi... Kalau tak line internet ni yang menyengalkan dirinya. Kalau hari-hari macam ni, bukan setakat makan hati... jiwa yang tak sakit pun akan sakit.

Nak download pics pun ambik masa lama gila. Daripada sekejap jadik berminit-minit. Daripada berminit-minit bawak kepada berjam-jam. Huh, sabar! Sabar! Sabar tu kan ke separuh daripada iman?! Jangan marah-marah dengan line yang sengal tu. Dah memang sifatnya begitu. Terima aje la.

Tapi sampai bila? Dah nak sampai kemuncak dah ni. Rasa macam nak baling-baling modem pun ada. Tapi tak apa. Sebagai kaum hawa, sabar tu kan ke separuh daripada sifat kita yang berhati lembut ni. Erk... ye ke?! Ye la... Tu pun tak tahu ke?

My foot: Kalau line broadband anda pun macam yang aku ada ni... Nyahkan aje. Jangan simpan-simpan. Buat sakit hati je kan? Hahaha....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. errkk, memang nak nyahkan.. tapi...
    bila takde streamyx ng wireless berukband slow nih jugak la jadik kawan...

    what to do, dah mmg broadband berline terok!! huaaa

    ReplyDelete
  2. Saya merasa apa yang anda rasa bila saya berada di kampus iium sekarang..HAHA

    LEMBAB betul wifinya..biasanya selalu disconnect..

    menguji kesabaran..HAHA

    bersabar ya!

    :)

    ReplyDelete
  3. bokbeng dni pong ngan menghoyang ni. huhu

    ReplyDelete
  4. aisha: tu la...bila pk2 cm gune broadband je tak guna streamyx... tak jadik nak campak modem.

    tukang kata: tu la...sabar la yg paling penting walaupun dah nipis je dibuatnya tahap kesabaran tu.huhuhu...

    dni: same la kita. senasib kan?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign