Fresh from the owner...

11 April 2010

Leceh betullah...


Mana taknya... baru je connecting, broadband ni kata DIAL FAILED. Walhal baru ni la bukaknya. Disebabkan sifat penyabar yang cukup tinggi, aku try jugak 2-3 kali. Mana tahu dia nak okay pulak kan. Jawapannya, sama je. Tetap dail failed. Last-last, aku shutdown terus laptop ni. Layan si kecik aku lagi bagus. Muahaha...

Buat apa nak sakit-sakit otak melayan ke broadband yang hampeh tahap gaban tu. Baik layan si kecik aku yang tengah mem'buas' ni. Sangat lasak. Bila dah meniarap tu mula la sampai ke hujung katil. Kalau tidur malam pun macam tu jugak. Bahaya betul. Sedar-sedar je dah sampai ke hujung kaki.

Tu la... tanpa internet pun hidup kita akan tetap bahagia kalau kita tahu menghargai orang disekeliling kita. Kalau ada anak, tengok pembesaran dia depan mata is very satisfying... Okay la. Si Anis ni mengacau kakak dia tidur la pulak. Kena selamatkan keadaan. bye for now...

My foot: Hidup itu sebenarnya indah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. kalau abang tak boleh nak connect ke internet lagi, cuba offkan router tu, pastu on kan balik. Router yang diorang bagi ni bukannya boleh tahan panas sangat.

    ReplyDelete
  2. abang ker?huhu..abang pun abang la.

    terima kasih untuk info tu. nanti cuba try test...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign