Fresh from the owner...

09 April 2010

Khas buat new blogger ( newbie )...

Banyak betul la yang Encik Ben ni nak buat untuk new blogger. Bagus-bagus. Tak semua orang yang rajin macam Encik Ben ni. Orang yang kuat membebel macam ni la perilakunya ek?! Hehehe... Ni entri saya yang saya buat khas untuk Encik Ben... Tapi hari tu, Encik Ben ada buat jelajah kat blog saya ni.

1 ) Kenapa nak berada dalam blog list aku:

~ Kenapa? Encik Ben kan Popular. Eh, bukan ke?! Popular la sebab tu saya pun nak join berada dalam blog list Encik Ben. Saya bukan nak popular. Tapi nak join jugak. Kalau nak popular, baik saya jadik artis. Tak gitu? Hehehe... Lagi pun, saya suka ambik kesempatan di atas kesempitan ruang yang ada. Ngeee...

2 ) sehari berapa kali update blog:

~ Sehari ke? Tengok pada server jugaklah Encik Ben. Line broadband saya ni kalau molek perangainya boleh la saya update berkali-kali sehari. Kalau tak ada la dalam 3-4 kali jugak sehari. Biasa la. Jadik ibu ni ada la kekangan sikit. Orang lelaki boleh la lepas tangan jaga anak. Kalau ibu? Menjerit si bapaknya nanti.

3 ) kenapa korang nak berblog:

~ sebelum ni dah ade blog. Tapi tu private. Tempat luah rasa duka je. Yang ni kira nak share dengan kengkawan mana yang termiss perjalanan hidup as well as nak bagi info pada siapa-siapa yang nak. Blogging is sharing and sharing means giving. Cewah... terlebih pulak! Saya suka menulis... Itu yang paling pasti kenapa saya berblog...

4 ) dari mana tau mengenai blog aku:

~ Yang ni tak dapat nak pastikan daripada mana. Dah lupa la. Sama ada daripada gengblogger atau blogger lain... dah tak ingat. Hehehe...

My foot: Pada siapa-sapa yang teringin nak masuk dalam senarai Ben Ashaari, boleh la ke tempat beliau dengan kadar yang segera. Seperti makan mee segera. Jangan lambat-lambat. Nanti rugi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign