Fresh from the owner...

10 April 2010

Kenapa kaum Hawa lebih sabar berbanding kaum Adam? Inilah sebabnya...

credited to uncle google

Hakikatnya memang betul kan? Kaum Adam ni sangat pandai sebab ada 9 akal nak dibandingkan dengan kaum Hawa yang 9 nafsu ni. Tapi bab-bab sabar ni kaum Adam cukup-cukup kureng sikit. Bukanlah tak ada lelaki yang sabar. Tapi sangat sedikit la. Kalau tak percaya tengok dalam paper, search la dalam internet... dalam majalah, mesti ada cerita LELAKI yang pukul PEREMPUAN.

Ada jugak cerita perempuan belasah lelaki. Macam last-last month punya cerita. Girlfriend belasah boyfriend dia dengan laptop. Tapi tu rare case. Sangat jarang la kalau ada pun. Kena ada ilmu la baru boleh hentam kaum Adam ni. That girl memang hebat la. Hua...hua... hua... Tapi in the end siapa yang rugi? Dia jugak. Sebabnya, laptop dia rosak. Nak hempuk boyfriend pun guna la benda lain. Kan dah menyesal.

My internet is very slow. Ada masa-masa jugak. Kadang-kadang tu okay je. Tu la masalah guna berukbang agaknya. Memang mencabar iman la. Especially time tengah surfing. Tiba-tiba je keluar problem loading. Mana yang sabar tu, memang akan try again berpuluh kali. Kalau jenis yang tak sabar tu, terus dipangkahnya. Senang cerita. Hati pun tak sakit. Betul tak?

Berapa ramai kaum Adam yang sanggup try again banyak kali? Huhuhu... husband aku pun tak cukup sabar. Kalau dia tension dengan internet, sakit hati sangat... dengan laptop ni sekali dia shutdown. Muahaha... Kalau aku tu boleh la sabar lagi. Betul tak? Satu lagi yang aku perhatikan, kalau bab-bab jaga anak. Memang ada lelaki yang boleh diharap... (contoh terdekat, encik suami la. Puji lebih nampak?! Benda betul la. Buat apa puji kalau tak ihlas?).

Tapi yang jadik masalahnya, lelaki ni kureng sikit kalau kena buat 2-3 kerja dalam satu masa. Kalau mintak tolong yang tu, yang tu je la. It’s also applied to my dear husband. Kalau dia tengah buat kerja, mintak tolong jaga anak... kejap lagi me‘ngiau’ la dia. Hahaha... Susah katanya. Mana nak tengok ank. Nak buat kerja lain lagi. Bila jadik macam tu... anak pulak lasak bukan main lagi... mula la hilang sabar. Memanggil anak, satu kampung boleh dengar. Adoii la...

Suara je la. encik suami ni manjakan anak. Nak tengok pukul anak pun susah. Tapi hakikatnya begitulah. Bila dapat yang kurang sabar, seorang lagi mesti jadik penyabar. Betul kan?

My foot: Hidup ni adil. Dan apa yang dijadikan Allah untuk kita tu memang adil la... Kalau siapa-siapa yang ada internet slow macam aku ni, bawak-bawak la bersabar. Tarik nafas dalam-dalam ek.. jangan terus shutdown. Usaha tangga kejayaan... ngeee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. tul saya setuju sangat2..
    tu yang kena tengok cerita tiupan sangkakala tv3 malam ni

    ReplyDelete
  2. ada siapa-siapa lagi yang setuju?hehehe...Tiupan sangkakala tu pasal kesabaran suami yang susah kita nak jumpa dalam dunia ni sekarang kan?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign