Fresh from the owner...

08 April 2010

Janganlah diuji lagi diriku ini....



Arrrghhh!!! Grrr...!!! geramnya rasa dalam hati. Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Panas kat luar tu menambahkan lagi panas hati aku ni. Rasa macam nak lempang perut orang pun ada. Sakit hati ni makin lama disimpan, memang makan dalam. Lama-lama jadik nanah. Bila sampai satu ketika, pecah!!!

Tapi, aku cuba jugak untuk menyabarkan diri aku ni. Ala, sabar sikit je. Macam tak biasa. Sebab dah biasa la aku jadik ‘hangin’. Tak patut kau buat aku macam ni. Betul la... kalau tak disebabkan engkau ni ada dua tuan, dah lama kau gone case.

Huhuhu... Ala, kena uji sikit dah merungut ke? Bukanlah merungut. Mana ada merungut. Senang hati lagi adalah. Tengah melompat-lompat sebab terlalu gembira ni. Daripada aku layan kau yang tengah sengal ni, baik aku bawak naka-anak tengok tv. Lagi bagus. Hati pun senang.

Dahlah internetku. Kau berehatlah dengan aman sekarang. Naasib baik aku tuan nombor 2 kau. Kalau tak, aku dah campak kau keluar tingkap tahu tak walaupun hakikatnya bukan salah kau jugak. Tapi aku geram sebab kau bersekongkol dengan line ‘biru’ tu. Bukan setakt problem loading, nak disconnect pun makan tahun. dah la... aku merajuk la kejap. Kau rehat baik-baik ek. Kalau kau buat pasal lagi lepas ni.. tahulah aku apa nak buat.

sempat edit pic ni baru la siap loading benda alah ni...

My foot: Apa ni marah-marah? Sabar-sabar! Jangan ikut sangat kata syaitan tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign