Fresh from the owner...

15 April 2010

Ini baru azab dunia...

aku ingat nak bawak anak-anak jalan ni. maklum lah dah lama tak berjalan-jalan dengan abah dia orang. kebetulan pulak petang ni ada pasar malam. bagus jugak bawak anak-anak carik benda makan sikit kan?

tapi dengan keadaan cuaca sekarang, ditambah pulak dengan H1N1 yang kembali menyerang ni, rasa berbelah bagi pulak nak bawak. encik suami yang berkulit sensitif tu dah ter'bakar' sikit tangannya sebab kena panas. kulit manja ni susah jugak. 4 jam bawak motor daripada Johor ke Pekan, tu la akibatnya. tak pakai gloves pulak tu. in the end, tak boleh nak tidur semalam sebab pedih pada tangannya tu.

today, cuaca terasa membahang sungguh. panas sangat! ni lah kesan perbuatan kita manusia. global warming dan juga petanda kecil dunia menuju ke hujungnya. takut pulak bila cakap macam tu walaupun hakikatnya begitulah. di manalah nanti kita akan berada? seksa macam manalah yang kita dapat. aduhai... takutnya tak terucap dengan kata-kata!

bila ingat-ingat, memang terasa benar seksa api neraka tu. sanggup ke kita nak terima sehari di sana bersamaan dengan 1000 tahun di dun ia? mampu kita nak tahan dengan seksaan yang tak terperi tu?

ada siapa-siapa yang pernah tengok maut? scene perempuan melayu kawin dengan mat saleh tu and masa dia koma, dia rasa azab kat dalam neraka dijatuhkan pada dia. memang terkesanlah kalau menghayati. betapa kita ni sebenarnya penuh dengan dosa. tapi sedar ke kita dengan semua tu? aku harap aku masih belum terlambat untuk terus bertaubat padaNYA....

my foot: Ya Allah... Kau matikanlah kami dalam iman dan kau permudahkanla urusan kami di sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hurmm.. byk dah tanda2 nya kan kak.. moga Allah mkbulkan doa kita... Amin ya Rabbal 'Alamin..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...tu la..banyak dah tanda-tanda yang kadang-kadang kita buat tak nampak je kan?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign