Fresh from the owner...

08 April 2010

Ikut abanglah abang nak bayar berapa pun!

credited to pakcik google

Apa cerita pulak ni? Nak bayar apa ni? Ada jual barang ke? Ke jual abang? Abang mana pulaklah... Sebenarnya, ni rentetan daripada masa aku masih menggenggam ‘P’ dalam tangan. Dah terang lagikan bersuluh ada P kat kereta saya tu dik oii...!!! Masih belajar ni. Jadik janganlah marah-marah. Shah Alam kan banyak roundabouts. Ni kat Section 3. Roundabout dekat dengan McD tu.

Nak dijadikan cerita la ni... masa tu hujan renyai-renyai. Kereta pulak tengah banyak. Aku followed la belakang satu Myvi ni. Tak rapat pun. Ada jarak. Tapi memang dah ditakdirkan agaknya, aku nampak Myvi tu laju je ke depan. So, aku pandang kanan nak tengok ada kereta ke tak sebelum aku pun jalan.

Masa tu aku yakin yang Myvi tu dah ke depan. Bila aku toleh je ke depan semula (tak sampai seminit pun aku tengok kanan tu...), berdegang...!!! Tanpa sengaja, aku terlanggar bumper belakang Myvi tu. Alamak! Apa dah jadik ni? Masa bila dia ada kat situ? Rupanya dia tak lepas lagi tadi. Terkejut jugak aku. Encik suami masa tu pandang ke belakang sebab nak ambik barang. Dia pun sama terkejut. Dalam hati dia mesti kata, “Isteri aku ni bawak kereta ke back hole?” Huhuhu...

Myvi tu parking la tepi jalan. Encik suami suruh aku berhenti belakang Myvi tu. Kalau nak blah boleh je. Tapi tak baiklah. Dah salah aku kan. Jadik berhenti la aku kat tepi jalan belakang Myvi tu. Mula-mula, owner kereta tu keluar. Kecik je orangnya. Lelaki ye. Kemudian encik suami keluar disusuli aku. That guy tengok kereta dia. Aku tengok kereta aku tu. Opsss... tak ada apa-apa pun. Cuma color Myvi tu je melekat dekat logo kereta aku tu. Myvi tu? Tercabut bumper belakang dia.

Geleng kepala la that guy. Tapi bila dia tengok encik suami, dia tak jadik nak cakap banyak. Bila encik suami tanya berapa kena bayar untuk kereta dia tu... dia jawab, “Ikut abanglah abang nak bayar berapa pun!” Kenapa begitu? Nak pandang muka encik suami pun dia tak berapa nak. Dia takut kot. Kesian dia. Tapi kami bayar jugak la sikit. Encik suami siap pesan, kalau tak cukup bagi tahulah. Tapi sampai sekarang tak ada pun dia call. Maksudnya, dia settle sendiri la semua tu.

Kenapa dia macam takut je. Sebabnya, encik suami baru ke cukur botak kepala dia. Memang licin selicin licinnya. Sekali pandang, nampak macam gengster. Dua kali pandang, nampak macam... dia la . Masa keluar dari kereta tu encik suami tak pakai cap. Biasanya dia pakai je cap. Mesti dia ingat encik suami tu kaki pukul. Kaki pukul yang sengaja bagi wife dia bawak kereta untuk jahanamkan kereta orang lain. Mana ada niat macam tu la. Cuma pesan terakhir dia pada aku, “Lain kali bawak hati-hati sikit ye kak!” Ngehngehngeh...

Moral: Jangan yakin sangat dengan kereta yang ada kat depan kita. Especially kat roundabout. Ingatkan dah lepas ke depan. Rupanya berhenti. Time tu memang tak dapat den nak nolong. Bagi jarak la between your car and kereta di depan anda tu. Nanti tak pasal-pasal je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. hahaha..nk suh hubby cukur kepala jugak la... nmpk mcm ganster hehe...!!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign