Fresh from the owner...

07 April 2010

Huh, lagi-lagi tension tahap gaban!!!

Masa aku kecik-kecik dulu, Gaban wajib ditonton. Huhu... Memang fames cerita ni masa zaman tu termasuk dengan Ultraman, Thundecats, Smurf, Voltron and kartun yang difilemkan Transformers. Sekarang ni ada macam-macam kartun dah yang tertayang di tv. Kalau kat astro, aku suka tengok anime chanel. Bila encik suami datang dekat, dia akan kata “La... tengok cerita kartun ke?”

Erk, tak boleh ke tengok cerita kartun?! Sampai sekarang pun aku suka tengok kartun. Tak tahulah kenapa. Bleach yang kat TV3 tu pun aku tengok. Kadang-kadang aku join jugak anak-anak buah tengok Naruto. Tapi bukan tengok macam aku masa budak-budak dulu la. Tengok for fun. Saja je nak join my nephews tu.

credited to pakcik google

Apa kena mengena la tension tahap gaban dengan Gaban cerita kartun tu. Kebetulan je. Aku tengah tension dengan line berukbang aku ni. Asyik offline je. Guna kejap je dah offline. Kena redial semula. Lama-lama, aku pun naik angin la.

Eh... eh... aku tak marah! Aku kan penyabar (huahuahua... betul apa!). Daripada line tu tak nak berkhidmat dengan aku, lebih baik aku ‘rehat’kan dia kejap daripada tugas asasinya itu. Sian.. mesti dia penat. Tu yang asyik buat offline je tu. Bila tuannya tak faham sangat, terus dia kate DIAL FAILED! Muahaha... Padan dengan muka kau!!!

Tapi broadband aku memang selalu jugak macam ni. Especially kalau time puncak. Mula la dia nak mereng-mereng sikit gitu. Tapi aku dah biasa. Dan amat sabar melayani karenah internetku ini berbanding dengan encik suami. Kalau dia, memang menyirap tahap sirap. Lelaki la katakan... (opsss... bukan lelaki kureng sikit ke bab-bab sabar ni?). Hehehe... Kalau kaum Adam marah, betul la apa yang aku kata kan? Ngeee..

My foot: Aku tetap sayang pada kau broadband sebab kau banyak berjasa pada aku walaupun ada masa kau suka menyengalkan diri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. relax ye.. hahahaha.. laki mmg pun.. setuju!


    syok layan katun n internet.

    ReplyDelete
  2. selalu kena sabar...tu yg naik hangin kdg2 tu...hehe...

    ReplyDelete
  3. Tapi citer Gaban tu memang best masa kecik2 dulu...hehehe

    ReplyDelete
  4. memang...dinanti2 setiap hari...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign