Fresh from the owner...

06 April 2010

Hentikan Penderaan Itu...

Siapa yang kena dera? Teruk ke? Tergamaknya dera anak sendiri. tak ada hati perut ke? Dah hilang rasa keperimanusiaan? Wah... wah... wah... bukan main lagi intronya. Tak ada siapa pun yang kena dera. Siapa yang berani sangat dera anak lepas tu bagi tahu semua orang dia dera budak tu? Ada ke? Tak adalah... buat je berani adalah...

Ni Alya yang tengah lasak sangat sekarang ni. Cakaplah macam mana pun dengan dia, dia akan menjawab balik. Kalau kita kata “Jangan main kat tangga, nanti jatuh.”... Alya akan jawab, “Tak jatuh pun!” Huhuhu... Tak ke geram kadang-kadang tu dibuatnya. Kalau dilarang dia buat. Nak encourage pun, dia buat jugak. Hahaha... kalau kena marah or pukul sikit, baru dia stop. Tapi sekejap je.

Ni accident masa dia main pusing-pusing dekat tiang. Temankan aku sidai kain. Tapi dia main tiang. Dah penat kata JANGAN! Tapi dia balas, “Alya main je.” End up, melecet sikit kat bawah dagu. Dekat leher sebelah kiri.


Yang ni, sepupu dia main buai bulat. Dia pulak baru je lepas aku basuhkan tangannya. Baru je nak pergi ambik adik dia, dah dengar dia menangis. Aku pergi tengok. Ya Allah, sepupunya tu terlanggar dia dengan buai bulat tu. Terkena bawah mata kanan. Nasib baik jugak bawah mata kanan. Lebam dia memang obvious. Kalau bawak berjalan, orang akan surely nampak punya la.


Yang ni paling latest. I was cooking and she was watching cousins dia main hujan. Baru je nak tengok nasi atas dapur, dah dengar dia menangis. Jatuh dekat dengan pagar dapur. Cousin dia tak tutup pintu. Adoii la... benjol dahinya. Tapi since she is a very strong girl, dia menangis kejap je. And she did ask for her dad tapi the father wasn’t around. Keluar daerah... urusan kerja sikit. Tapi bila dapat cakap dengan Abahnya... senyap la. Dia nak mengadu je sebab tiap kali jatuh, the father yang usually pujuk.

Anak-anak yang tengah lasak macam ni memang pening sikit nak jaga. Nak tengok dia je memang tak jadi kerja lain. Tu la Abahnya... nakal sangat masa kecik. Dah ‘menurun’ kat si minah kecik ni. Huhuhu...

Moral: Jatuh-jatuh anak zaman sekarang ni bahaya sikit. Orang kadang-kadang syak kita dera anak. Even bawak ke klinik untuk checked up pun nurse tanya why and she said, avoid la sebab orang tak faham kenapa jadik macam tu. Memang la pun. Tapi nak buat macam mana. Once awhile kena tinggalkan our eyes on them sebab kena buat benda lain. Betul tak? Susah jugak ek... So the solutions are...???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. mak aih.. parah gak diorang ni..

    lasak! haha..

    dak2 umo 2-5 tahun ni kena tengok over2.. mcm2 benda diorang nk try..

    dlu pernah anak cousin sembur ridsect kat muka adik dia yg masih baby.. nasib baik x jadi apa2 sbb cepat sedar..

    ReplyDelete
  2. hahaha. entah. tu la cabaran bila dah jadi parents kan?

    ReplyDelete
  3. ASaDa: memang...nak tengok lebih2 memang tak boleh nak buat keje. tapi kalau ada adik dia dekat dengan dia memang kena tengok. tak pasal2 macam2 yang dia makan kat adiknya tu nanti. huhuhu..

    Alynn: cabarannya memang besar la, especially kalau dapat yang lasak macam ni...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign