Fresh from the owner...

04 April 2010

Hargailah sementara diberi peluang untuk menghargai...

teringat pasal cerita bapa dibuang anak dan anak tak mengaku buang bapa. aku tuduh kamu dan kamu tuduh aku... begitulah yang boleh diumpamakan realiti hidup sekarang. bila baca dalam paper, sedih jugak sebab kebanyakkan cerita yang keluar melibatkan kaum sebangsa. melayu. MELAYU! sedih ke? tapi itulah hakikatnya.

bila jadi macam tu, aku tertanya-tanya sendiri. dah tak ada rasa belas kasihan ke sampai buang mak bapak. mana-mana yang buang anak tu memang tak ada rasa lagi dah. kalau tak, takkan dia sanggup buang anak yang dibawak dalam perut sekian lama. tak kisahlah apa statusnya. anak tu pun manusia juga. ada nyawa.

when i look at my dad, aku sedar, aku bertuah sebab masih ada ayah walaupun tak ada mak. makan pakai still cukup. hidup still bahagia walaupun tak 100% bahagia. kenapa masa kecik dia boleh susah payah untuk jaga kita. tapi bila besar? orang tua ni dengan zaman kita memang berbeza. tak sama langsung. kadang--kadang, apa yang kita buat mungkin tak menyenangkan hati dia or sakitkan pemandangan mata dia tu.

tapi kita kena faham. kita jugak akan ada anak... insyaAllah.. dan kita jugak akan tua. zaman kita dengan anak kita nanti akan tetap berbeza kecuali kalau kita hidup berlandaskan agama tapi teknologinya mungkin berbeza. sikap anak-anak tu sendiri akan berbeza. bila tiba waktu tu dan kita terkenang atau datang rasa untuk minta maaf... apa gunanya lagi? kalau dia masih ada, tak apa. kalau dah tak ada? fikir-fikirkanlah...

moral: bukan setakat parents... hargailah orang yang kita sayang sebelum hilang semuanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign