Fresh from the owner...

07 April 2010

Gelombang ke-2 H1N1... Jangan Ambil Mudah!!

Sekarang ni H1N1 gelombang ke-2 tengah melanda semula kat Malaysia ni. Dah 79 orang (semalam aku baca paper, macam tu la dia tulis) meninggal. Kalau masa gelombang pertama, hari-hari ada news pasal H1N1 ni. Bila dah kena gelombang ke-2, ada jugak cerita pasal tu tapi tak serancak yang pertama.

Rakyat pun dah diberitahu untuk bersedia dengan kedatangan kali ke-2 H1N1. Iklan hari-hari bagitahu apa yang patut dibuat. Atas kita pulak la nak buat macam mana. Jangan kena ada news pasal tu baru kita sibuk-sibuk nak berubat la apa la. Masa tu nak buat apa pun susah. Kena berwaspada la. Ikut steps yang dah ditetapkan. Kesedaran kita ni kurang. Tu pasal jadik macam tu.

Masa H1N1 first dulu, aku antara orang yang berisiko untuk kena (masa tu pregnant) including my Alya and my husband. Kami cuba jugak untuk ambik langkah sepatutnya. Nak keluar berjalan? Tak ada maknanya. Kecuali la kalau nak beli barang-barang penting. Topeng pakai jugak la walaupun kadang-kadang tu rasa lemas bukan main lagi. Alya pun pun kami pakaikan topeng muka tu dan dia okay je.

And bila Anis was warded due to pneumonia (masa tu dia baru dua bulan lebih), doc ambik langkah untuk test whether ada ke tak H1N1 tu sebab simptom-simptomnya ada. Vaksin Tamilflu diberi dan kami kena tunggu sampai hari ke-3 baru boleh tahu positif ke tak H1N1. Masa tu makmal cuti. Cuti raya. Kena tunggu orang masuk kerja la. Alhamdulillah... Anis cuma kena pneumonia. Tak ada sangkut paut dengan pandemik tu.

Aku cuma rasa terpanggil untuk ingatkan orang lain agar berhati-hati. Benda tu kita tak jangka akan kena dekat kita. Macam mana aku tak jangka Anis akan kena pneumonia. Terkejut jugak dan aku cuba terima walaupun dalam hati ni cuba jugak nak tolak. Ni dugaan yang datang untuk keluarga aku. Kalau orang lain, mungkin lagi teruk. Kenapa nak mengeluh kan?

Jadik... berhati-hatilah. Ikutlah langkah-langkah yang disarankan sebab kita tak tahu apa yang dah tertulis untuk kita oleh-Nya. Apa yang kita boleh cuba adalah dengan cuba cegah. Kalau dah kena, berubat pun belum tentu boleh sembuh. Take extra care of yourself... SAY NO TO H1N1!!!

My foot: Sedih jugak dengan keluarga mangsa yang mana the wife meninggal sebab H1N1 . Tu pun terpaksa operate wife untuk saved the baby. tak sempat ibu tu tengok anak dia. Mak dia pun meninggal sebab tu jugak. Dah janji Allah macam tu kan. Terima je la dengan redha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign