Fresh from the owner...

23 April 2010

Encik driver bus, kalau nak mati jangan bawak orang lain ye?!

tugas kau mulia.
bawak penumpang-penumpang untuk tiba ke destinasinya.
walaupun ada macam-macam ragam
kadang-kadang kau sabar
kadang-kadang tak.


kalau kau tak ada
tak bergeraklah kenderaan empat roda tu.
itu betul!
aku tak nafikan
tapi kalau kenderaan tak bergerak
kau pun sama la tak dapat duit.


hai encik driver bus!
pagi tadi encik suami aku sms.
bagitahu dah sampai Johor.
pukul 3.41 pagi encik suami aku sent sms.
katanya....


dah sampai larkin.
drebar bus paling gila pernah jumpa.
laju gila


apa ni encik driver bus.
perjalanan yang patutnya makan masa lebih kurang 5-6 jam or lesser
(kalau bawak dalam kelajuan yang ditetapkan)
jadik 3 jam lebih je?
berapa km/j encik driver bus bawak ni?
nak bunuh orang ke?


kata encik suami aku tu lagi...

dah la laju,
amik selekoh sembarang je.
cm nak terbalik je bus 2.


apa cerita ni?
kalau terbalik macam mana encik driver bus?
ingat glamer la kalau muka keluar front page?
encik driver bus ni single ke dah kawin?
tak ingat keluarga ke?


walaupun penumpang-penumpang encik driver bus cuma lapan orang je
tapi semua tu bernyawa lagi.
ada anak isteri suami
mak ayah... adik-beradik.
kalau jadik apa-apa pada dia orang
encik driver bus nak bertanggungjawab?
nak tanggung makan pakai keluarga dia orang ke?


encik driver bus ni betul-betul buat aku 'hangin' satu badan la.
kalau encik driver bus tak nak bawak bus,
jangan bawak ye...
kasi orang lain yang mungkin lebih hargai nyawa orang lain.
alahai... encik driver bus!
tak pernah serik agaknya dengan segala macam cerita eksiden bus.
berhati-hatilah kalau bawak bus.
jangan sampai 'terbunuh' tempat bergantung orang lain...



my foot: driver bus ni macam tak pernah ambik iktibar je kan daripada apa yang dah jadik? kalau mengantuk pun tukar la dengan 2nd driver. erk! tak ada 2nd driver ke? encik driver bus ni memang berani mati...




pic credit to goole
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign