Fresh from the owner...

09 April 2010

Eleh.. baru sekejap kena tinggal pun dah bising ke?

Baru kena tinggal, dah bising ke? Orang lain pun kena tinggal jugak tapi okay je. Ada yang kena tinggal lama, tak ada pun mengiau nak bising segala. Emo je lebih. Itu orang lain. Orang lain tu dia punya pasal la. Nak sibuk-sibuk dengan orang lain tu buat apa. Betul tak? Huhuhu... Terlebih emosi la pulak aku ni.

Actually, the father had left the house for a week and 1 day already. Baru seminggu dah bising-bising. Aku okay je. Tapi anak-anak la yang tak boleh. Especially yang kecik si Anis tu. Mana pernah kena tinggal dengan abah dia. Bila abah dia tak ada, demam for two days. Ni pun baru nak recover semula. And bila Anis demam, aku selalu jugak risau. Demam, batuk dengan flu. Time tu kena berjaga-jaga la jugak. Takut kisah lama berulang kembali. Pada siapa-siapa yang tak pernah tahu, boleh la check kat sini.

Hari-hari cakap dengan abah dia orang. Ada jugak skype. Tapi dengan server yang tak berapa nak betul ni, nak skype pun susah jugak. Kejap-kejap end called. Memang boleh buat sakit jiwa ragalah. Jadik biarlah cakap je daripada beronline. Video call? Handphone saya je canggih. Encik suami punya handphone jenama cap ayam. Hahaha...

Aku tak bising kena tinggal. Sebelum ni pun biasa jugak kena tinggal (huh, sombong! Dalam hati tu tak mengiau ke?), okay je. Cuma dah lama sangat dia tak tinggalkan kami. selalunya pergi mana-mana dia bawak. Sekarang ni je la kena berhati-hati. H1N1 kan kembali. Tak takut kena H1N1? Ikut koranglah kalau korang kebal. Yang tak kebal tu... take action ok...

My foot: Orang dulu-dulu survive je kena tinggal suami kan? Tu belum tinggal yang hakiki. Kalau yang hakiki tu tak tahulah nak cakap macam mana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. comelnya Anis... :)

    salam kenal dari nabilah.. ;)

    ReplyDelete
  2. uit...tOmeynya dia..nk cubet jer ppi dia..;)

    ReplyDelete
  3. nabilah: comel ek? mekasih..slm knl jgk...dh tgk blog tp line internet ni slow la..lmbt loading.

    Mr Rulez: jgn cubit...jgn...pipi die slalu kene cubit.cian kt dia.huhu...

    ReplyDelete
  4. comelnya...
    cium kat pipi kit..
    Baby deman tu perkara biasa coz orang kata baby nak dapat "akal la tu" tapi kita kena berjaga2 takut suhunya makin meningkat, so setiap sejam kena chek guna termosmeter, yang paling senang guna termometer digital, harga pun tak sampai RM 20, Bila suhu dah sampai 37.5, cepat2 atar ke hospital..

    ReplyDelete
  5. sory menyampuk,,,, sekadar berkonsi pengalaman ummi tahu.

    ReplyDelete
  6. tak apa. tu opinion ummi.. tak ada masalah pun. apa yang baik kita kngsi bersama.

    memang check suhu kalau dia demam. especially dengan dia yang ada case pneumonia. jadik bila demam ke flu ke memang kena tengok2 skt.

    doc ke nurse akan suggest jerlun selalu kepalanya dengan air. memang kalau baby demam kena jerlun dengan air. alhamdulillah..dah sht sikit dah.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign