Fresh from the owner...

10 April 2010

Di sebalik malam...

credited to pakcik google


Puan Rose ingat tak saya pernah cerita pasal ni dulu. Masa awal pregnancy saya tu. Huhu… Teringat pulak pasal cerita ni. Ceritanya begini. This was a few years back masa aku kat Pasir Gudang. Aku ada tengok encik suami punya hp satu malam tu. Tengok video dalam memory card dia. Ada 1 video tu aku tertarik sangat nak tengok sebab tajuknya 'tnjg putri'. Aku pun tak terfikir pulak nak tanya dia video tu pasal apa. Hentam je la tengok. Mula-mula tengok ada gambar pokok. Actually, they recorded the video pun waktu malam. Ada something kat poko tu. Aku tengok la apa bendanya.

Ingatkan ada orang buat benda tak elok kat pokok tu. Rupa-rupanya, ‘it’ was something with a long hair. Nampak bentuk muka tapi tak nampak hidung, mulut segala la. lama ‘benda’ tu berdiri kat pokok tu. Slow je 'benda' bergerak ke depan before terbang. Aku gelak la juga. Macam kelakar cara terbangnya. Hilang pun macam tu jugak. Ingatkan jugak ada orang saja-saja buat video tu untuk takutkan orang lain.


aku tanya encik suami pasal benda tu. Dia cakap, actually, tempat tu memang keras. Tanjung puteri tu letaknya kat Pasir Gudang jugak. Dah ramai orang nampak katanya. Ada perumahan tapi tak laku. Tak ada orang duduk. Takut kena ganggu kot. Lepas tengok video tu, we wnet out. Dinner la. balik je, solat and tidur. Masa tu pregnant. Cepat penat sikit. So, tidur awal la.

Nak dijadikan cerita, ada something happened la that night. Pada aku benda tu kerap jadik pun. Bukan kerap tapi biasa la. mimipi dalam mimpi! Benda tu macam betul tapi sebenarnya mimpi. Puas jugak nak sedarkan diri daripada mimpi dalam mimpi tu. Sebab macam-macam bunyi aku dengar. Aku kena bangun. Kalau tak, aku pun tak tahu apa akan jadik pada aku. Alhamdulillah... lepas cuba, aku tersedar jugak. Nak kejutkan encik suami pun memang tak boleh masa tu. Bila dah ok... aku sambung tidur semula tanpa mengejutkan dia bangun.

Encik suami ada cakap, dia ada bangun dua kali tapi aku langsung tak sedar. Aku ingatkan tu cerita biasa sampailah satu ketika dia cerita... mungkin sebab aku teringat sangat pasal video ‘tnjg putri’ tu aku jadik macam tu. Aku pun tak tahu. according to him, malam yang dia bangun ke toilet tu, dia kata dia tak nampak pun muka aku. Dia nampak macam ‘benda’ lain yang ada kat situ. Long hair and mengerbang. Dia sentuh bahu je, aku tak sedar sedangkan aku quite sensitive dengan sentuhan and bunyi segala. But then, he did recite something.

And he said, kalau jadik lagi ‘mimpi dalam mimpi’ tu, kejutkan dia. Bahaya untuk dua-dua orang katanya. Kalau dia, boleh la dia baca something. Tapi kalau aku yang kena, macam mana? Scary jugak la actually. Satu malam ada dua kejadian. Seram dan aneh. Tapi aku lepas ni for sure akan kejut dia walau apa pun yang jadik. Hish, siapa nak jawab kalau kena lagi macam tu? Takutttt....!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Macam pernah pergi Tanjung Puteri~

    ReplyDelete
  2. sy tak pernah pegi. tk smpt nak pergi...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign