Fresh from the owner...

03 April 2010

Dan sebenarnya...

Ini cerita pasal modem aku tu lagi. Ingat tak aku ada cerita pasal aku dah lama tak berinternet sebab tak tahu masalah pada modem or line? Hari tu bawak pergi kedai. Bawak lagi pergi kedai sebab before this aku assumed je yang cable tu tak boleh guna. Ye la... kedai computer tu cakap macam tu. Kali ni nak actually check on the portable cable. Betul ke cable yang ada problem?

So, the tauke tempat jual portable cable tu suruh bawak lappy and modem. Nak check la. katanya, kalau beli portable cable tapi tak boleh guna membazir jugak. Betul tu tauke. Saya setujulah dengan tauke ni.

Bila tauke tu checked, and buat macam-macam, dia kata something wrong dengan modem. Bukan portable cable. Mungkin tempat masukkan wayar tu dah patah. Tu yang modem tu refuse nak connect dengan internet. Tauke tu suruh pergi kedai elektronik. Ganti tempat masukkan cable tu la. tapi kalau dah ganti pun and still tak boleh guna, kena cari modem barulah kami. Cari baru lagi??? Huhuhu...

macam ni la rupa model CSL tu...

Dia suggest kalau nak tukar baru, guna CSL sebab made in Malaysia. And laju katanya. Tapi yang dia jual tu jenis stick. Kami guna cable. Yang aku pernah baca and was being informed... jenis stick tak boleh guna lama-lama. Cepat terbakar. Kalau nak berinternet sehari suntuk, memang tak boleh la. Jenis cable ni pulak sensitif. Tak boleh terhentak sikit. Mulalah nak retak sana sini. betul ke?

Guna streamyx jugaklah bagus kan? Hati pun tak sakit. Tapi ada sebab kenapa aku guna modem ni. Untuk menguji kesabaran aku ni yang dah tak berapa nak sabar. Muahaha... Hopefully, after this... modem tu akan senantiasa ‘sihat’lah. Kalau tak sihat jugak... mungkin kami terpaksa ‘terminate kamu’ dari hidup kami. Ngeee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Salam. Hmnn... tentang masaalah medom tu tak boleh nak kata apa la kan sebab tak tengok dengan mata sendiri. Tapi kalau nak beli yang jenis stick ni bukannya mudah rosak sebab terbakar tapi sebab yang jenis ni guna wireless, guna sistem frekuensi yang sukar untuk berada dalam keadaan stabil so memang tak berapa bagus untuk guna ni, nanti line pun lembab... lebih2 lagi jenis CSL ni, jenis CSL ni memang katanya buatan Malaysia, tapi serius cepat rosak... menyesal beli kot. So far yang paling ok dekat Malaysia ni servis dari TM la, dapat Unifi confirm puas hati :))

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign