Fresh from the owner...

13 April 2010

Bila sudah sampai masanya...

ni pasal sedara mara aku jugaklah. dulu masa aku kecik-kecik, selalu jugak aku pergi lepak rumah mak ayah dia sampai petang. makan nasi pun kat situ. sebabnya, rumah dia dekat dengan paya. paya tu pulak bukan setakat lintah je banyak, ikan-ikan pun banyak jugak. dulu kawasan paya tu cantik, luas. nak main layang-layang kat situ pun boleh. best! tapi sekarang ni tak lagi. dah berbeza sangat.

kalau makan nasi kat rumah dia, dia akan masak ikan sepat. sauk je kat paya tu. keli, haruan semua ada. tapi sekarang ni aku tak tahulah ada ke tak lagi semua tu. sepat tu dia goreng garing, dia masak sambal. perh... sedap! meleleh air liur dibuatnya. cicah dengan budu pun sedap (padahal kat rumah aku masa tu mana ada budu. berudu ada la. hahaha...).

tapi Mie tu sekarang ni dah tak sesihat mana. kalau dulu-dulu, selalu jugak nampak dia naik basikal bawak adik-adik atau anak sedara dia ke bandar. tapi sekarang ni tak lagi. muda lagi kot tak silap aku Mie tu. dalam 30-an jugak. mungkin 37 tahun macam tu la. sekarang ni dia sakit. ada dekat hospital. orangnya chubby-chubby. tak pernah kahwin lagi.

tapi menurut kata orang yang pergi melawat dia, dah kurus dah sekarang. dah tinggal tulang. dia ada buat kimoterapi for 4 months kat Johor tapi kimo pun dah tak dapat bantu dia lagi. kesian jugak dia. aku tak berkesempatan melawat dia lagi. walaupun tak pernah bertegur sapa sebab beza umur tapi aku kenal dia sangat. a very loving sister.

rahim kita...

masa Anis dalam ICU, aku ada jumpa adik dengan ayahnya dekat HTAA. jumpa dalam lif. aku tanya adiknya, nak melawat siapa. adiknya kata Mie masuk hospital. bila tanya sakit apa, adiknya kata sakit dia tu lah. sakit dia? sakit apa? tak sempat tanya lebih, lif terbuka and both of them went out. aku pun tak teringat pulak nak tanya lagi. mungkin sebab aku ingat dia kena sakit-sakit biasa je.

macam ni lah rupa kanser tu. takut tak?

rupa-rupanya dia kena kanser servik. macam arwah ibu dia jugak. macam arwah mak aku jugak. kanser yang merbahaya dikalangan kita orang perempuan. sebab tu, kalau orang suruh buat pap smear... buat. jangan tangguh. kita tak tahu apa akan jadik pada kita kalau kita bertangguh. katanya lagi, dia dah uzur benar. sekarang ni ada kat Hospital Besar Pekan. kalau kimo dah tak boleh bantu, kuasa Allah je bakal menentukan segala-galanya.

my foot: tapi kalau dah tiba masanya, orang sihat boleh sakit dan orang sakit boleh sihat. tapi kalau DIA menginginkan sebaliknya, redha dan pasrah sajalah atas ketentuan tu...

pics credit to google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign