Fresh from the owner...

12 April 2010

Bila suami bertuankan nafsu...

siapa yang baca metro hari ni mesti tahu pasal cerita ni. bila suami start sekali je naik kaki tangan kat isteri, tak mustahil dia akan naikkan lagi kaki tangannya ke badan atau muka isteri. pada isteri yang sabar walaupun badan atau muka tu dah lebam biru, alhamdulillah. sabarlah terus. kalau sekali je mungkin tak apa. tapi kalau dah berkali-kali?

wife tu pulak pregnant tapi suami belasah macam tak ingat. siap belasah mak mertua depan mak kandung dia lagi. dah tak ada perasaan ke? aku sebenarnya terpanggil nak ulas pasal berita ni. betapa teruknya sikap lelaki tu. dahlah isteri tu kau belasah baekkk punya. ni mak mertua kau pun ko belasah ke? apa la yang ada dalam kepala otak kau tu?

dah bercerai dua kali. katanya dia menyesal and nak hidup semula dengan isterinya tu. tapi sampai bila dia nak kata macam tu? kalau jatuh talak lagi, for sure dah tak boleh rujuk lagi. masa tu memang gila talak la dibuatnya. kesnya lelaki tu jealous. siap kata wife dia yang kerja as a nurse ada affair dengan lelaki lain. even dia kata wife dia pregnantkan anak orang lain. nauzubillah...

pada kaum Adam diluar sana, ingatlah... isteri untuk disayangi. kalau betul pun ada salah isteri, tunjuk ajar la cara sepatutnya. bukan ajar dengan sepak terajang. isteri tu manusia jugak. bukan kain buruk. kalau dah tak serasi, lepaskan sajalah. nak simpan pun tambah sakit hati sendiri buat apa kan? suami... jangan bertuankan nafsu. bertuankanlah akal fikiran yang waras. sia-sia ada akal 9 kalau tak digunakan. dan isteri, kalau rasa terseksa... jangan terus biarkan diri dipijak suami.

my foot: pada yang ada suami yang baik tu... bersyukurlah. ada orang tak bernasib baik dan bertuah seperti kita. hargailah suami dan sayangilah dia seadanya dia...


pics credit to mymetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign