Fresh from the owner...

16 April 2010

Bila DIA sudah memanggil pulang...

aku rasa baru tiga hari lepas aku cerita pasal sedara aku yang sakit ni. yang kena kanser serviks tu la. semalam, aku ada nampak van jenazah lalu depan rumah. dalam hati ni tertanya jugaklah siapa yang meninggal. usually kalau ada orang meninggal, beduk berbunyi. tapi semalam tak dengar apa-apa pun.

petang semalam jugak sebelum kami keluar ke pasar malam, encik suami ada cakap dia nampak van jenazah lalu. dari mana agaknya van jenazah tu, kalau ada orang kampung ni yang meninggal, takkan aku tak tahu. biasanya aku tahu jugaklah sebab akan ada orang datang bagi tahu. so, we went out. tanpa mengesyaki apa-apa pun pasal van jenazah tu.

masa aku nak beli barang sikit kat supermarket, terjumpa la dengan orang kampung aku ni jugak. dia tanya aku... aku tahu tak Anak Pak Njang Berahim (panggilan orang kampung untuk ayah arwah) meninggal. aku macam terkejut jugaklah. aku tahu dia sakit. tapi tak sangka la sampai dah tahap teruk sangat. aku tanya jugak bilanya si Mie tu meninggal? dia kata dalam pukul 3 lebih tadi. kiranya baru jugak la. dalam 2-3 jam sebelum aku keluar.

dia cakap jugak, hari tu dengar kata boleh bercakap lagi. baru je nak melawat dah dapat khabar duka tu. Innalillah... Mie tu jenis pendiam. kaum keluarga dia dapat tahu dia sakit bila keadaan dia sendiri dah teruk. dan semalam, semua adik-beradiknya ada kecuali yang kat Johor dalam perjalanan pulang. dan pagi ni, dia dah selamat dikebumikan bersebelahan dengan pusara ibunya. semoga berbahagialah dia di sana dan diampunkan dosa-dosanya. Al-Fatihah...


my foot: bila DIA berkata kepada hambaNYA agar kembali semula kepadaNYA, siapalah kita untuk menghalang. jika hari ini bukan hari kita... mungkin esok, lusa... kita sendiri tidak tahu dan harus redha... mati akan tetap datang menjengah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign