Fresh from the owner...

22 April 2010

Badi Sehati Berdansa atau memang sudah takdirnya begitu?

Sehati Berdansa ada badi ke? badi apa pulak ni? apa kena mengena badi-badi ni dengan Sehati Berdansa tu? aku ada baca dalam apa entah pasal badi ni. baru je semalam aku sembang-sembang kosong dengan encik suami pasal benda alah ni. alih-alih, bila google je cerita anne dengan dira keluar la pulak pasal badi Sehati Berdansa ni. macam kau tahu je kan apa yang aku fikir. pandai la pulak kau ni. hebat! hebat! i loike like la.

cuba kita renung-renungkan bersama (aku tak kata. tapi orang lain yang kata) pasal isu berbangkit ni. isu berbangkit ke? saje je aku nak bangkitkan benda alah ni. bangkit macam kuih bangkit. muahaha... apa yang aku merepek ni. adoii la... pening!

mula-mula Atilia divorced dengan husband dia sebaik berakhirnya Sehati Berdansa musim pertama (betul kan?). baru je lepas jiwang-jiwang menari dengan suami. patutnya program ni merapatkan dua jiwa dua hati. tapi tak rupanya. lepas menari baru tahu ada kurangnya pasangan kita kot. tak pun memang mereka bermasalah daripada mula. ingat... bila joint Sehati Berdansa boleh la rapatkan hubungan tapi it didn't work out either.


lepas tu Dira (kenal tak Dira ni. suara serak-serak basah yang jadik Anggun dalam Merah Putih tu. aku ingatkan dia anak dara lagi. tapi bila tertengok Sehati Berdansa la... dah kawin pun makcik ni rupanya.) la pulak. sama macam Atilia. lepas je habis musim ketiga, they decided to get a divorce. baru nampak loving couple dalam Sehati Berdansa tapi tak loving manalah rupanya. kesian kat anak kecik tu. masalahnya cuma mereka je yang tahu.

last but not least, naib juara Sehati Berdansa musim kedua... Anne Ngasri. tak ada angin, tak ada ribut... tup... tup, keluar cerita dia orang nak bercerai. apa hallah pulak ni? baru je anak dua orang. muda pulak lagi. tengok berlakon iklan bersama pun okay je. tapi in the end...? apa sudah jadi maaa... what's wrong?

atau ni badi pengacara rancangan? berjangkit dekat orang lain pulak. bercinta tak apa lagi. putus la banyak kali pun tak ada hal punya. tapi kalau dah kawin... manyak susah la. betul kan? kawin tapi tak ada anak kira okay lagi. kalau ada anak dan anak tu kecik lagi... sangat kesian. apalah budak kecik ni tahu. biasa tengok parents ada sama. tapi kali ni tengok parents duduk asing-asing. cuma kalau divorce, jangan sampai libatkan anak-anak. itu je la.

nak salahkan Sehati Berdansa ke sebab jadik macam ni. sepatutnya Sehati Berdansalah yang eratkan hubungan. bukan memutuskan. apa pun, aku malas nak menaip pepanjang. hanya mereka-mereka yang terlibat je tahu kenapa ia terjadi. dah tak mampu nak pertahankan, buat apalah paksa diri kan? kan? kan?


my foot: bila dah jadi artis ni semua benda kita nak tahu. dah tu siapa suruh kau jadi artis kalau kau tak sanggup nak hadapi semua tu kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Mungkin juga disebabkan oleh pandangan masyarakat kita yang tidak senang hati dengan aksi romantik pasangan-pasangan ini di khalayak ramai walaupun pasangan-pasangan ini sudah pun berkahwin. Masyarakat kita juga adalah paling kurang romantik terhadap pasangannya di khalayak. Yang lebih-lebih nak romantik kat khalayak ni budak-budak yang tengah mabuk bercinta time study jer.

    ReplyDelete
  2. mungkin jugak la kot.masyarakat kita ni pemalu sangat agaknya...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign