Fresh from the owner...

24 April 2010

Apasal 'kamu' suka kacau tok bomoh aku?

ini cuma gambar hiasan. tiada kaitan dengan tok bomoh sebenar ye...
harap maklum!



kenapa encik suami aku panggil 'tok bomoh'? sebenarnya my MIL yang bagi gelaran tu kat dia. "dah kawin dengan tok bomoh..." dan ulasan daripada Mi pun berterusan. hehehe... Mi! Mi! orang tua memang macam tu. tak kena pada pandangan mata dia terus dia komplen. wah... kadang-kadang tu pedih jugak kan? tapi kena la buat tak tahu je. hehehe...

ni sambungan daripada cerita semalam. pada yang terlepas cerita tu boleh la ke sini. kenapa ye 'kamu' suka sangat dengan tok bomoh aku tu? dia bukan ada apa-apa dah. dah hilang power dah dia. cuma ada la sikit-sikit lagi ilmunya yang tertinggal. berhari-hari sebelum kes tudung saji tu, he went out satu petang.

kebetulan bila dia dah sampai rumah waktu tu tengah azan. semalam, dia tunjukkan tempat kejadian tu kat aku. eh, apa cerita sebenarnya ni?! tok bomoh aku ni la... nampak 'encik galah'. dia kata dia nampak benda tinggi hitam. tu pun hasil suluhan lampu kereta depan dia. tapi bila dia sampai kat kawasan tu, tak ada pulak nampak benda hitam tinggi tu. tok bomoh aku kata, mungkin dia nak melarikan diri sebab masa tu tengah azan maghrib.

tok bomoh aku ni selalu sangat tengok benda-benda pelik. lepas tu dia cerita waktu malam. waktu siang tu tak cerita pulak. huhuhu... masa Anis warded dulu ada satu malam tu, dia beria-ia ajak balik awal daripada hospital. kebetulan, waktu siang tu ada jenazah eksiden sampai daripada cherating. malam tu, dia senyap je. cuma dia pesan kalau ada ayat kursi dalam handphone, bukak la. bagi anak dengar. Alya pulak, masa nak balik dia pandang atas. bulan baru nak penuh kot malam tu.

sepanjang jalan balik memang dia tak bercakap langsung. sampai dekat rumah baru la dia cakap. dia kata (tempat yang jenazah tu sampai), dia nampak 'benda' kat pokok, rambut panjang, pakai putih mintak Alya sambil hulur tangan. dan dia kata jugak ada malam-malam tertentu orang-orang buat pemujaan. jadik kena hati-hati. sebab tu dia kata dia rasa tak sedap hati dan ajak balik awal daripada hospital.

nasib baik aku tak nampak. kalau aku nampak macam manalah agaknya?! nak story panjang-panjang kang, ada pulak yang bosan. cerita sikit-sikit macam tu je la. just buat kenangan dan ingatan kami sekeluarga ni.


my foot: anak buah aku waktu maghrib pernah tanya: "Siapa tu?" dan menonong je dia nak keluar tengok. nasib baik jugak aku sempat kejar. mana ada orang kat luar masa tu dan malamnya tu dia kata, "Siapa duduk atas tu?". atas kekuda bumbung dapur. erk! budak-budak paling senang nak nampak kan?


pic credit to google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign