Fresh from the owner...

09 April 2010

Antara Tasbih Cinta dan She Wolf...

Dua-dua ni cerita daripada jiran kita. Satu Indonesia dan satu lagi Filipina. Pada siapa-siapa yang pernah tengok, okay la. Tapi yang tak pernah tengok tu... aku suggest, tak payah la tengok. Hahaha... Suka hati aku je kan? Yang aku suggest jangan tengok tu cuma Tasbih Cinta je. Masa mula-mula tengok dulu, nampak macam okay je cerita ni. Bila dah sampai klimaks, cerita tetap tak habis-habis lagi. Ada pulak konflik baru la apa la. Entah apa-apa. Tapi usually cerita Indonesia, memang meleret-leret sikit. Tak tengok, dah tak ada cerita nak tengok. Tapi bila dah menyampah sangat, tutup jugaklah tv

Aku ada baca dalam paper, komen-komen readers pasal cerita ni. Usually yang aku jumpa, komennya negatif je. Tapi satu hari tu terbaca pulak komen positif seorang readers ni. Dia kata Tasbih Cinta tu best. Jalan cerita pun best. La, dia tengok cerita tu dengan mata ke? Eh, eh.. apasal aku nak emo pulak?! Suka hati dialah nak kata apa pun. Dia tengok guna mata dia, bukan mata aku. Bukan macam tu. Cerita tu asyik-asyik sebut nama Bella. 99.99% skrip tu mesti ada nama Bella. Bella tu pulak, alahai... lemaunya! Macam jugaklah telenovela daripada Venezuela ke mana-mana negara luar sana. Sampai satu tahap, mengarut.

Tapi tengok je. Cuma bukan selalu la. kadang-kadang je. Especially nak tunggu cerita selepas tu. Macam She Wolf ni best jugak. Lyka yang cantik dipasangkan pulak dengan Noah yang ganteng gitu. Kesian jugak sebab Lyka dengan Noah ni ada misi tersendiri yang dah ditetapkan oleh orang atasan dia. Macam gitulah lebih kurang ceritanya. Lyka ni pulak kebetulan keturunan serigala yang akan jadi penghulu terakhir dan harapan terakhir kaum dia orang untuk survive. Noah pulak nanti ditugaskan untuk membunuh kaum tu.

Tak rugi la tengok. Tambahan pulak bila tak dialih bahasa, lagi feel nak tengok cerita tu. Tak percaya tengok sendiri la. Cakap pun tak guna kan... baik layan je cerita tu. Muahaha...

My foot: Layan je la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. tumpang sekaki..pasal tasbih cinta akak tgk citer ni sampai mual peryut cam nak muntah tgk aksi2 super bodoh mrk..rasanya TV3 cam ikut2 sama bodoh meluluskan sinetron mengarut ni.sah2 penulis2 tasbih cinta ni mrk yg IQ zero

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign