Fresh from the owner...

01 April 2010

Anis kena cucuk dan berat Alya yang statik...

KKIA... while waiting for our number to be called...

last two days bawak the kids to the klinik. monthly check up. Alya pun sama jugaklah walaupun dah masuk 2 tahun. reason? berat Alya turun naik and still dalam area kuning and it means NOT GOOD! bukan setakat yellow area, red area pun dia pernah masuk tapi line kuning ni daripada dia setahun lagi. bila time-time nak pegi check up je mesti demam or tak sihat. bila dah sakit tu, susah la nak makan. susu pun ikut mood dia. kadang-kadang nak minum banyak. kadang-kadang tu sikit je.

tak mahunya dia duduk diam...

makan? macam-macam dah bagi. dia makan sikit je. selebihnya dia bagi ayam makan. kongsi-kongsi dengan ayam.geram jugak dibuatnya. vitamin pun sama. dah macam-macam jenis. appeton ke entah apa jenama kagi semua bagi. sampai berbotol-botol klinik bagi tapi dia macam tu jugak. aktif sangat. vitamin dia sangat suka makan. ais batu? dulu favorite dia. sekarang ni dah kurang. ice cream? sangat suka... sweets and chocolates pun paling dia suka.

memang tak ajar dia makan semua tu. tapi bila dah cousins dia beli sweets and dia nampak, of course la dia nak. bila kita larang, dia mengamuk. for me, i can still bare with the crying thing and stuff. tapi for the granddad??? NOPE! pening la kepala saya ni... huhu...

and after timbang... berat Alya tetap sama macam bulan lepas punya. tak naik-naik. kebetulan pulak dia batuk and selesema. macam mana lagi la nak buat dengan anak dara kecik aku ni pun aku tak tahulah...

Anis sebelum kena cucuk...

Anis pulak cucuk 5 bulan. patutnya dah cucuk 6 bulan tapi sebab ubat tak ada bulan lepas, tunda la ke bulan Mac. nurse tu tak nak buat cucuk berkembar. kesian kat baby katanya. hehe... and while waiting for our turn, aku sempat jugaklah buat pap smear. tu pun nurse tu panggil. katanya orang tak ramai... boleh buat.

masa nurse tu buat pap smear, sembang-sembanglah kami ni. katanya lagi, tak ramai yang nak buat pap smear ni pasal malu. actually, tak sakit pun buat pap smear. mungkin ada yang takut. sakit kot buat pap smear ni... the truth is... NOlah. buatlah sementara ia masih boleh dicegah. 3 bulan bertahan sampel cecair yang dia orang ambil. buat pun sekejap je. bukan lama mana. 5 minit j dah siap kalau bagi kerjasamalah...

lepas buat pap smear segala and check berat Anis... naik 800g berbanding bulan lepas turun 100g. kebetulan pulak time nak cucuk, dia nak susu. kena cucuk... apalagi, menangis la jugak. tapi kejap je. cucuk ni demam dan alhamdulillah... sampai hari ni dia tak demam pun...

sisters...

same-same la.. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign