Fresh from the owner...

11 April 2010

Alahai... alahai... alahai...

Mata mengantuk jangan cakaplah. Pejam je mata terus lelap. Tengah sedap-sedap tidur tu, rasa macam gatal-gatal je kat lengan. Dengan bantuan cahaya lampu, nampak la benda hitam kat tangan aku tu. Aku tengok aje benda tu dah naik geram. Durjana sungguh! Suka-suka kau je nak duduk bertenggek kat tangan aku ye.

Aku tampar benda tu. Tak kena pulak. Laju je terbangnya. Aku bangun, aku carik sampai dapat. Akhirnya... mati jugak kau kat tangan aku. Hahaha... Aku menang dan kau tewas jugak. Padan muka kau. Baru kau rasa macam mana sakitnya hati aku ni. Ngeee...


Kalau melibatkan nyamuk, macam ni lah kita kan? Kalau boleh nak kejar sampai ke lubang cacing. Selagi tak dapat, selagi tu lah rasa geram yang amat. Bila dah dapat bunuh nyamuk yang gigit kita tu, huh... bahagia gila! Tak mampu nak cakap dengan kata-kata. Malam tadi nyamuk banyak. Sebabnya inilah:
Anak buah aku lupa nak bagitahu ubat nyamuk dah habis...

Menyinga la mak dia orang. Dah tengah malam baru bagitahu ubat nyamuk tak ada. Nak pergi cari kat mana? Kedai bukan bukak lagi pun. Akibatnya berperang dengan nyamuk sajalah. Dah spray banyak kali pun, nyamuk still datang menyerang. Ooo.. kebal kau ye! Tak apa! Tak apa! Kalau aku dapat kau memang aku lenyek habis-habisan.

Tension kalau nyamuk ni tak makan saman. Sebab tu ubat nyamuk kat rumah ni bertukar brand aje. Nyamuk kan boleh adapt dengan 'ubat' dia tu kalau kita selalu guna brand sama je. Ubat nyamuk and spray pun bukan untuk bunuh dia orang. Bukan jugak untuk heal nyamuk tu. Tapi nak halau je.

Hai, anak-anak buahku! Tugas siapa yang patut hidupkan ubat nyamuk tu? Next bagitahu ye kalau ubat nyamuk dah habis. Kalau tak, terpaksa la kami bakar korang untuk halau nyamuk tu. Muahaha...

My foot: Sekarang ni dengan denggi yang tak pernah habis tu.. bahaya kalau dibiarkan nyamuk ni berleluasa. Cegah Aedes, denggi pun tiada. Wah, kempen la pulak!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign