Fresh from the owner...

18 April 2010

Adoiii...! Salah entri ke?

cantik si Priyanka ni kan?

semalam kononnya nak post entri lepas habis tengok cerita hindustan 'Fashion'. hehehe... layan Priyanka Chopra jap. dah lama jugak tak tengok cerita hindustan ni sebenarnya. tengok dengan encik suami sementara the kids, tidur. usually, cerita hindustan ni penuh dengan segala macam lagu and dances. eh, baru perasan la! tak adalah dia nyanyi atas puncak gunung segala.

and the story was quite okay. pasal dunia modelling and tentang hakikat hidup ni la... ada masa kita akan berada di atas dan begitulah sebaliknya. mula-mula kita kata orang di atas lupa diri dan sombong. bila naik je, kita pulak jadik macam orang yang kita pernah kata tu. fakta kan? macam mana kesombongan tu boleh 'bunuh' diri kita.

kita boleh tengok thru cerita ni macam mana profesionalnya seorang model. walaupun tengah buat catwalk, baju dia tercabut... still maintain buat catwalk walaupun dalam hati sebaliknya. malu la. tapi supermodel orang putih mungkin tak kisah sangat kot. and supermodels are skinny and super skinny. ngeee... masing-masing kena jaga makan la. kalau tak macam mana nak kekal langsing kan?

dan macam mana nak hadapi bila jatuh tersungkur dan hilang harga diri. bukan senang nak bangkit kalau tak ada sokongan yang sepatutnya. orang yang tak dapat sokongan akan jadik gila. ni semua fakta. dalam keadaan kita tengah susah, kita mesti nak supporters. tak dapat ramai, seorang pun dah memadai. sekurang-kurangnya kita tahu, yang seorang tu masih memahami dan sudi menghulurkan tangan untuk kita berpaut.

usually sokongan tu kita akan dapat daripada family. macam yang Meghna (Priyanka) ni cakap dalam cerita tu, hubungan lain mungkin terputus tapi ada satu hubungan yang tak akan putus sampai bila-bila. parents dia selalu bagi semangat kat dia untuk lalui keperitan hidup ni. ada nilai-nilai yang boleh kita ambik dan yang tak baik tu tak payahlah ambik kan... macam mana dia laui 2nd phase hidup dia lepas jatuh tersungkur and tried to bina balik keyakinan diri. bagus! bagus!

sekali tersungkur tak bermaksud itulah pengakhiran hidup kita. kalau kita rasa kita dah jatuh teruk sangat, ingatlah, ada orang lain yang mungkin jatuh lagi teruk daripada kita. betul kan?


my foot: bukan ini yang aku nak tulis tapi entah macam mana terbuat review pasal cerita Fashion yang aku tengok kat TV3 semalam. layan je la...


pics credit to google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign