Fresh from the owner...

19 April 2010

Ada apa dengan mimpi...

3-4 hari lepas, aku ada alami satu mimpi. usually orang kata, mimpi tu mainan tidur. tapi tengok pada mimpi jugaklah. bukan betul, mungkin tak mimpi tu... kita takkan tahu. kalau apa yang kita mimpikan tu terjadi, itu mungkin kebetulan. jangan percaya lebih-lebih dengan mimpi. kalau ada orang yang pandai menafsir mimpi, mintak la tolong dia tafsirkan. sebabnya, ada sesetengah mimpi akan buat kita teringat-ingat.

kenapa kita mimpi tu? apa sebenarnya yang nak jadi ni? betul ke mimpi tu? tu semua akan jadi persoalan pada kita. betul tak? macam aku ni la. lepas je sedara aku tu meninggal, aku ada mimpi pasal gigi. gigi tu tercabut and rosak. dah tak boleh nak digunakan lagi dah. orang-orang kata, kalau kita mimpikan pasal gigi ni, ada orang yang very close to us akan 'pergi tak kembali lagi'. mula dok nak kira siapa. pandang orang ni, pandang orang tu. bila tengok yang ni sakit, dalam hati mula tertanya, 'dia ke?'

bila kena macam ni memang tak sedaplah. especially melibatkan orang yang rapat dengan kita. tapi kalau sudah ditakdirkan Allah 'perginya tak kembali', kita harus redha kan? cuma... biarlah perginya dalam iman. atas dunia ni segala-galanya mungkin. tapi seksa kubur tu kita tak tahan nanti. nauzubillah...

tu bukan peringatan untuk orang je tapi untuk diri kita sendiri. hidup kita ni tak tahu sampai bila. mati bila-bila je boleh datang jemput. tengah gelak ketawa, berdansa, bersuka-ria, meratap, berduka... tak kira keadaan. apa yang penting, walaupun kita tahu ada yang tidak cukup... persiapkanlah diri kita seadanya. agar tak terkena segala seksaan yang kita tahu pedihnya tak terucap dengan kata-kata.



my foot: walaupun tu mimpi, aku harap dalam jangkamasa terdekat ni, ia tak jadi kenyataan. aku masih cuba untuk menyedarkannya dan memulangkan dirinya kepada Sang Pencipta dalam keadaan penuh sinar dan iman. insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. mak kita pesan...basuh kaki ya...sebelum tidur...
    psst.. kita suka komen kat sini...sebab rasa 'cute'
    ekekeke...

    ReplyDelete
  2. hehehe..mekasih.kaki dah basuh la seblm tido. tapi kdg2 mimpi hantu jgk.mcm2 la kan...kalo mimpi dapat kereta mewah nnt, terletak hrpn tggi plk nk kaya.ngeee...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign