Fresh from the owner...

16 April 2010

~ 27112009 dalam ingatan ~ (part 6)


Dah lama tak share cerita Anis masa dalam ICU tu hari. Memang sepanjang dia sakit tu, aku pun sakit sama. Tidur malam tak lena mana. Aku kan berulang daripada hospital ke rumah.selalu teringat, menangis ke dia? Macam manalah layanan nurses tu pada dia. Even ada budak yang sakit (kebetulan aku ada), menangis... nurses buat macam dengar tak dengar je. Mungkin dah cuba tapi dah budak tu tak nak diam, nak buat macam mana kan? Sakit baby ni bukan macam sakit orang tua. Baby tahu menangis je.

Mungkin dia nak mak dia, tapi maknya tak ada. Kalau kena baby yang ada dalam bilik pengasingan tu lagi la kesian. Kebetulan masa Anis transfered ke belakang (which they said, kalau masuk bilik belakang meaning the condition is getting better. Tapi kes Anis lain sebab dia transfered ke belakang untuk elak jangkitan cirit-birit daripada rakan sebilik dia tu. Cirirt-birit mudah berjangkit), aku selalu dengar baby menangis dalam bilik tu. Mungkin maknya ada sama tapi tak boleh nak buat apa jugak. Bila dah duduk sama dalam ICU dan tengok cara nurses handle the babies, aku nak tahu apalah yang dia orang rasa bila tengok babies tu menangis.

sebab tu nurses yang kena jaga PICU tu jenis yang sabar and lembut dengan babies kot. Tapi aku nak salahkan dia orang 100% pun tak boleh jugak. Ada la dua tiga kali masa Anis menangis, nurse yang jaga tu usap kepala dia dengan harapan legalah sakit si Anis tu. Sepanjang Anis sakit tu, encik suami was and always be (insyaAllah) my shoulder to cry on as well as my best supporter. Being a mother with a piece of heart yang fragile (walaupun aku tahu, the father at the same time also cried... tapi dia cuba kuatkan diri sendiri for me... for the sake of HOPE and for the family as well... Thanks Hun! Thanks for being strong...).

Cuma aku bersyukur sangat-sangat sebab sedar awal. Kalau lambat-lambat, mungkin jadik yang sebaliknya. Allah takkan uji kita for nothing. Memang... setiap kali tengok Anis, rasa sedih sangat. Tapi dalam masa yang sama kena ingatkan diri sendiri supaya tabah dan redha dengan dugaan dan ujian daripadaNYA. Cakap senang kan? Cara terbaik berserah kepadaNYA. Berceritalah dengan PENCIPTA kita kerana dugaan yang datang pun daripada DIA jugak. Betul kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign