Fresh from the owner...

02 March 2010

HAJI UNTUK AYAH ~finale~

Ketika ayah mengerjakan ibadah haji di Mekah, Wafri ditemani adik-adiknya meneruskan jadual harian seperti biasa. Tidak ada perubahan. Cuma rasa rindu terhadap ayah ada kalanya tak dapat dielakkan. Tapi mereka cukup bahagia kerana dapat juga menghantar ayah menunaikan ibadat haji.

Sehinggalah satu ketika. Wafri bergegas pulang ke kampung bila Hanif menelefonnya. Ada hal mustahak yang ingin disampaikan. Berkenaan dengan ayah. Debar di dada tak usah di kata. Apa yang tidak kena dengan ayah di sana? Sakitkah dia? Risau juga Wafri.

Setibanya Wafri di rumah, wajah adik-adik kelihatan tegang. Hanya Hisyam yang kelihatan biasa. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Wafri menempatkan dirinya di sisi Hanif yang cuba meredakan perasaan Anisah.

Perasaan tidak sedapnya dua tiga hari lepas mungkin membawa petanda yang tidak baik. Kata-kata ayah sebelum berangkat ke tanah suci mula terngiang-ngiang di cuping telinga. Mak Su Tirah, adik bongsu ayah tiba di rumah dengan wajah sugul. Menurut Hanif, Mak Su lah yang menelefon meminta mereka adik-beradik pulang ke kampung. Instinct Wafri menyatakan tekaannya mungkin tidak silap. Dia sudah dapat menduga.

“Mak Su harap kamu semua redha dengan khabar duka ni. Kedutaan kita di Mekah telefon Mak Su. Mereka cakap, ayah kamu dah meninggal dunia. Jenazah ayah kamu pun dah selamat dikebumikan di sana,” bergetar suara Mak Su. Adik-adik tertunduk. Terkedu dengan berita yang baru diterima. Hisyam seperti terpana. Wafri sendiri hilang kata-kata.

Benarlah seperti apa yang dikatakan ayah sebelum berangkat pergi. “Dapat juga ayah pakai kain putih ni kan? Tak sangka, akhirnya ayah akan jumpa juga dengan Pencipta kita. Jaga diri kamu baik-baik. Ayah dah nak kembali ke sana.”

Betapa benar kata ayah. Dia telah kembali menemui yang berhak. Itulah keinginannya sekian lama. Seruan haji kedengaran di udara. Sayup-sayup di pendengaran Wafri. Adik-adik bertakafur seketika. Hanya Hisyam yang kelihatan marah-marah. Entah apa lagi yang diinginkannya, Wafri sendiri kurang pasti.

Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya hajat ayah telah tertunai. Dan dia adalah sebahagian daripada mereka yang telah menunaikan hasrat ayah itu. Dia bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berbakti kepada ayah.

“Kalau tak sebab engkau, ayah hidup lagi. Ini engkau punya fasallah Wafri. Hah, yang lain-lain ikut sama bersubahat! Tak guna betul. Kamu semua ni memang bawa sial,” kelancangan kata-kata Hisyam tidak diendahkan oleh Wafri mahupun adik-adiknya sendiri.

Biarlah masa yang menentukan sejauh mana Hisyam mampu menongkat langit. Dan satu hari nanti Hisyam akan sedar bahawa memang kehendak ayah untuk terus bersemadi di sana. Moga satu hari nanti Hisyam akan sedar semuanya.

-The End-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign